Wednesday, March 15, 2017

M'sia Perlu Diperintah Orang Melayu Kerana Majoriti. -Abd Hadi.


Hasil carian imej untuk abdul hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya Malaysia perlu diperintah orang Melayu kerana mereka membentuk majoriti di negara ini, lapor Sinar Harian semalam.

Beliau berkata budaya politik di Malaysia sewajarnya didominasi dan dikuasai orang Melayu supaya dapat memimpin negara ini.

“Mengikut politik Islam, kaum yang berpengaruh akan menguasai sesebuah negara dan oleh kerana orang Melayu merupakan majoriti di negara ini maka mereka perlu menjadi pemimpin,” katanya mengikut laporan itu.

Merujuk kepada statistik 65% penduduk di negara ini adalah orang Islam, beliau berkata: 

“Orang bukan Islam jangan pula terasa hati kerana kita harus mengikut pecahan penduduk demi memelihara keharmonian negara.”

“Mereka juga tidak perlu bimbang kerana politik Islam melarang pemimpin untuk bersikap zalim kepada orang bukan Islam,” tambahnya.

Hadi dilaporkan berkata demikian pada dialog politik di satu majlis makan malam di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa, pada Sabtu. Beliau juga berkata sudah sampai masanya masyarakat Islam mengamalkan budaya politik bersaudara kerana sudah lama mengamalkan budaya politik benci-membenci dan bermusuhan, katanya.

Laporan itu juga memetik Hadi sebagai berkata tidak seperti yang didakwa oleh pihak tertentu, cadangan pindaan syariah di Parlimen bukannya hudud atau pun qisas.

Hadi, melalui rang undang-undang peribadi yang dibentangkan tahun lepas, mahu mencadangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih keras ke atas pesalah syariah.

Hukuman yang dicadangkan termasuk menaikkan hukuman maksimum seperti penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Kita amat bersetuju Malaysia perlu diperintah orang Melayu yang mentaati perintah Allah dan RasulNya kerana mereka membentuk majoriti di negara ini.

Jika parti sekular perintah Malaysia, puak kadfir harbi bebas menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Jika parti kafir harbi dan parti liberal perintah Malaysia, mereka akan menindas atau menghapuskan agama Islam dan umat Islam.

Puak kafir harbi dan liberal telah dan sedang menghina agama Islam, pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik, ulama Islam, mufti, pihak berkuasa Islam dll dan menindas umat Islam dan menafikan hak umat Islam.

Puak munafik lidah biawak dan manusia buta, pekak, bisu dan dungu sahaja menyokong parti kafir harbi, liberal dan sekular!

Anonymous said...

Betoi tu Tuan Haji!...kita majority ,buat apa kasi kuasa kepada orang lain....bangsa melayu masih perlu pembelaan dan masih ketinggalan dalam serba-serbi berbanding bangsa lain...ketinggalan dari segi ekonomi,ketinggalan dari pendidikan ,masih ramai yg miskin.....

Bangsa cina menguasai ekonomi Malaysia...10 orang terkaya di Malaysia..80% adalah org cina...mereka kuasai peniagaan...mereka hidup senang di Bandar-Bandar...so,buat apa kasi mereka kuasa dalam politik dgn menyokong DAP...Mari kita sokong bangsa kita sendiri!...kalau bukan bangsa kita yg patut membantu nasib bangsanya sendiri,takkan ada bangsa lain yg akan membantu....

Anonymous said...

Bangsa kuli camponey cina turun menurun....

Anonymous said...

Selama ini pun Melayu yang perintah.. tapi Melayu lah yang paling miskin dan yang banyak korup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails