Tuesday, March 14, 2017

'PAS Humanitarian Affair & Relief Centre' Ditubuhkan.


Hasil carian imej untuk bantuan PAS pada rohingya
MESYUARAT Jawatankuasa PAS Pusat kali ke-22 pada malam tadi, di KUIZM meluluskan penubuhan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa di kenali sebagai 'PAS Humanitarian Affair & Relief Centre – PASRelief' di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.
Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.
Selain itu HRC @ PASRelief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.
PASRelief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat.

Demikian lapor  HARAKAHDAILY hari ini 14/3/2017.

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails