Wednesday, March 15, 2017

S'ngor Perkenal Cukai Petak Ganti Cukai Tanah -Iskandar


SELANGOR terus menjadi peneraju apabila memperkenalkan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah melalui pindaan Akta Hakmilik Strata, bermula 1 Januari 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaan itu kini dalam proses akhir dan cukai tanah induk itu akan diagihkan secara adil kepada setiap petak mengikut kiraan terkini.
 
“Sementara menunggu cukai petak itu dikuatkuasakan, Selangor sudah melaksanakan tempoh peralihan dengan semua urus niaga dan bukan urusniaga boleh dilaksanakan tanpa perlu menjelaskan cukai tanah lot induk.
“Ia hanya memerlukan pemilik petak mengemukakan bukti pembayaran cukai bahagian masing-masing yang disahkan Badan Pengurusan mereka,” katanya dipetik SelangorKini.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Smart Strata, di Pusat Konvensyen Setia City, di Shah Alam.
Iskandar berkata, pelaksanaan terbabit turut mengambil kira urusniaga dan bukan urusniaga petak seperti pindah milik, gadaian dan urusan lain tidak dapat didaftarkan atau dilaksanakan sekiranya cukai petak tidak dijelaskan dan mempunyai tunggakan.
Sehubungan itu, katanya, penggantian cukai petak itu perlu dilaksanakan segera bagi memudahkan semua pemilik strata.
Beliau menambah, Selangor sentiasa mencari kaedah terbaik dan sistematik dalam mengangani isu strata.
“Sehingga kini, Selangor mencatatkan hak milik strata berdaftar sebanyak 544,284 petak daripada 10,198 skim pemilikan strata.
“Ini merupakan bilangan tertinggi di Malaysia dengan populasi negeri sebanyak 6.074 juta dan permintaan hartanah strata kian meningkat dengan migrasi penduduk ke Lembah Klang.
“Justeru, pemilikan strata ini menjadi pilihan masa kini akibat daripada penawaran tanah yang terhad,” katanya. (Harakah)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails