Wednesday, March 15, 2017

Gabungan Baharu Pembangkang -Tun M


GAMBAR fail, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan ketika hadir ke Ceramah Perdana di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman 

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjalinkan kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara menerusi satu gabungan baharu dengan satu logo, simbol dan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Parti serpihan UMNO itu turut menyatakan keyakinan bahawa gabungan baharu menggantikan Pakatan Harapan (PH) itu akan mampu menampilkan hanya satu calon untuk bertanding pada PRU-14 bagi mewakili gabungan itu. 

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan PPBM untuk bekerjasama dengan tiga parti pembangkang menerusi gabungan baharu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, persetujuan yang dicapai hari ini akan dimaklumkan kepada pucuk kepemimpinan PH. Mengenai pembahagian kerusi, Dr Mahathir berkata isu itu belum dibincangkan dalam kalangan parti pembangkang lain kerana gabungan baharu belum dibentuk. 

"Kita akan bincang (isu pembahagian kerusi) apabila kita masuk dalam gabungan, tetapi prinsipnya gabungan ini hanya satu calon di satu kawasan dan semua ahli pakatan dalam gabungan ini sokong calon sama, tidak ada calon lain... kita akan desak orang dari parti kita mengundi calon ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM. 

Hadir sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ditanya keyakinan mengenai hanya satu calon ditampilkan gabungan baharu itu, Dr Mahathir berkata beliau percaya pembangkang akan bersetuju dengan cadangan itu kerana semua pihak menyedari kekalahan pada pilihan raya sebelum ini disebabkan tidak berada dalam satu gabungan dengan menggunakan satu simbol. (BH)

1 comment:

Anonymous said...

Parti sekular akan tetap bersekutu dengan parti kafir harbi dan parti munafik liberal dalam Pakatan Haprak ! Puak munafik lebih suka dipimpin oleh pemimpin parti kafir harbi seperti sifu DA-Pig !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails