Sunday, March 12, 2017

Rogol, Dipenjara Suku Abad, Akhirnya Tidak Bersalah. Undang-undang Zalim!



Barnhouse (kiri) dibebaskan apabila didapati tidak bersalah selepas dipenjara selama 25 tahun.

INDIANA, Amerika Syarikat – Seorang lelaki di sini yang telah menjalani hukuman penjara selama 25 tahun dibebaskan apabila mahkamah mendapati dia tidak bersalah baru-baru ini.
Hakim Mahkamah Circuit Delaware, Kimberly Dowling membebaskan William E Barnhouse selepas pihak pendakwa raya dan peguam membawa keputusan terbaru ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang membuktikan dia tidak melakukan jenayah rogol pada tahun 1992.
Ujian DNA itu mendapati terdapat air mani lelaki lain pada seluar mangsa serangan seksual di Muncie, Indiana, menurut laporan The Star Press.
“Dia telah dipenjarakan selama suku abad untuk jenayah yang tidak dilakukannya,” kata peguam pertubuhan Innocence Project, Seema Saifee kepada hakim.
Barnhouse yang kini berusia 60 tahun dibebaskan pada Rabu lalu.
Sebelum ini, dia dihukum penjara selama 80 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita di belakang sebuah bangunan kosong di sini pada April 1992.
Mangsa rogol mengenal pasti lelaki itu menyerangnya selepas dia ditahan di kawasan berhampiran. – Agens ">
INDIANA, Amerika Syarikat – Seorang lelaki di sini yang telah menjalani hukuman penjara selama 25 tahun dibebaskan apabila mahkamah mendapati dia tidak bersalah baru-baru ini.
Hakim Mahkamah Circuit Delaware, Kimberly Dowling membebaskan William E Barnhouse selepas pihak pendakwa raya dan peguam membawa keputusan terbaru ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang membuktikan dia tidak melakukan jenayah rogol pada tahun 1992.
Ujian DNA itu mendapati terdapat air mani lelaki lain pada seluar mangsa serangan seksual di Muncie, Indiana, menurut laporan The Star Press.
“Dia telah dipenjarakan selama suku abad untuk jenayah yang tidak dilakukannya,” kata peguam pertubuhan Innocence Project, Seema Saifee kepada hakim.
Barnhouse yang kini berusia 60 tahun dibebaskan pada Rabu lalu.
Sebelum ini, dia dihukum penjara selama 80 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita di belakang sebuah bangunan kosong di sini pada April 1992.
Mangsa rogol mengenal pasti lelaki itu menyerangnya selepas dia ditahan di kawasan berhampiran. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masih lagi manusia ber'undang-undang'kan perundangan ciptaan manusia yang zalim. Mengapa negara umat Islam masih bertuhankan undang ciptaan manusia dengaan membelakangkan hukum Allah? Kalau manusia Muslim 'berkhianat' tidak mahu laksanakan Undang-undang Islam, maka siapa lagi yang layak laksanakan?


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

1 comment:

Harez said...

Assalamualaikum, Hmmm... Boleh tak beri contoh pelaksanaan hukum islam jika berlaku situasi berikut:-

1) situasi seperti kes diatas dimana seorang lelaki dituduh merogol seorang wanita sedangkan lelaki tersebut xbersalah

2)situasi kedua dimana sepertikebanyakkan kes rogol dimana lelaki merogol wanita.

Saya ingin tahu macamana pegadilan dilaksanakan menurut konsep undang2 islam. Agar kita dpt memahami lebih baik kebaikkan dan kesempurnaan undang2 islam ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails