Monday, March 13, 2017

Kepada YB DAP Bukit Bendera Yang Bengong..

Oleh 
Al-Faqir Ahmad Zaki Bin Osman
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjong 

Usai membaca kenyataan YB Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera semalam mengenai PAS jelas menunjukkan bahawa beliau masih bingung dalam memahami apa sebenarnya perjuangan PAS dan Islam itu sendiri . Sebagai sebuah kawasan yang tinggal bersebelahan dengan Parlimen Bukit Bendera saya terarah untuk menjawab balas kebingungan YB Zairil ini .

1. Sejak dari penubuhan PAS, matlamatnya sudah jelas dalam perlembagaan di mana telah dinyatakan bahawa Dasar PAS adalah Islam . Maka bukanlah kemenangan pilihan raya yang dikejar semata-mata . Berlainan dengan pemahaman sempit YB Zairil yang menyatakan idealogi sesebuah parti politik hanya dapat ditegakkan dan diterjemah melalui pilihan raya semata-mata tetapi sesebuah parti politik yang hebat dan berjaya merupakan sebuah parti yang mampu memberi impak dalam dasar negara samada parti itu menjadi kerajaan atau pembangkang dengan mengenepikan kepentingan politik sendiri. 


Itulah yang sedang diperjuangkan PAS apabila PAS memperkenalkan serta mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera yang berbeza dengan politik persepsi dan keji yang sedang diamalkan di Malaysia.


2. YB Zairil perlu lihat kembali kronologi bagaimana tertubuhnya Pakatan Rakyat dan sebab terputusnya pakatan antara PAS dan DAP . Sudah lupakah YB Zairil akan perjanjian dalam pakatan adalah _agree to disagree_ dan PAS bebas membawa agenda Islamnya tetapi pada tahun 2014 dan seterusnya , sikap DAP yang anti-islam semakin ditonjolkan malah menentang habis-habisan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang hendak dibentangkan kerajaan PAS di Kelantan. 

PAS pertahankan DAP ketika DAP kelihatan bersetuju dengan prinsip PAS , namun apabila DAP mula menunjukkan wajah sebenarnya yang anti-islam , tiada cara lain selain memutuskan hubungan dengan DAP. YB Zairil boleh melihat kenyataan-kenyataan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz apabila soal hudud dan negara islam ditimbulkan , beliau lantang memperjuangkan keduanya dan sanggup memutuskan pakatan dengan DAP sekiranya DAP menentang . 

Itulah prinsip kedua tokoh Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi yang tetap tidak berubah sehingga kini .

3. YB bukit bendera , Zairil Khir seterusnya berkata PAS adalah seperti jemaah Tabligh dan meminta PAS masuk tabligh jika benar hendak memperjuangkan redha Allah semata-mata. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang syumul , didalam menggapai redha Allah mestilah melaksanakan perintah Allah dimuka bumi ini sebagai seorang hamba yang diutuskan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Allah berfirman:

  • Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Al-Baqarah:30)
Disebut oleh Imam al-Mawardi Rahimahullahdi dalam kitabnya, khalifah di muka bumi ini tugasnya ialah menegakkan agama dan mentadbir dunia dan bukan sahaja tertumpu kepada kewajipan solat, puasa , zakat dan sebagainya. Di dalam usaha meraih redha Allah, PAS mengambil jalan demokrasi bagi melaksanakan tuntutan kita sebagai khalifah untuk mentadbir dunia melalui penglibatan PAS dalam arena politik tanah air. 

Allah telah menyempurnakan agamaNya pada 1438 tahun dahulu, dan kita sebagai muslim wajib mengambil keseluruhan aspek kehidupan dari Fadhul Muslim sehingga ke Khilafah Islamiyyah sebgai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Allah berfirman :

  • “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah:208)
Wahai YB Zairil, YB berkata bahawa PAS perlu melibatkan diri dengan jemaah tabligh sahaja jika hendak redha Allah, pada realitinya PAS bukan sahaja berada di arena politik sahaja malahan terlibat sama dalam pembentukan tarbiyyah dan dakwah yang bergerak melalui ‘tabligh’(menyampaikan) kepada semua lapisan masyarakat.

Jelas disini menunjukkan kebingungan YB Bukit Bendera terhadap dasar dan perjuangan PAS untuk meraih redha Allah , Perjuangan kami bermatlamatkan redha Allah dengan melaksanakan apa yang perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

P/S : Sebagai seorang peminat bola yang tegar , pada akhir kalam ini saya ingin meminta YB Zairil supaya letakkan sahaja jawatan yang disandang sebagai Presiden FAP. Sudah-sudahlah dalam memberi alasan itu dan ini , menyalahkan orang lain atas kegagalan pasukan pulau pinang selama mana YB menyandang jawatan Presiden FAP . 

Prestasi buruk pasukan pulau pinang ini sudah bermula apabila selepas YB menjadi Presiden FAP . Maka daripada mengunakan masa YB untuk menukilkan mengenai parti politik lain , saya mengesyorkan YB untuk fokus pada prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang yang semakin lam semakin teruk dan tiada apa yang didengari melainkan hanya suara sumbang YB memberi alasan sahaja tanpa sebarang tindakan bernas..

Yang Benar
Al-Faqir Ahmad Zaki Bin Osman
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjong 
(TKO)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails