Tuesday, March 14, 2017

Jawapan Kpd Najib, PAS Tetap Lawan BN PRU 14. -Nik Amar.


GOMBAK: PAS pasti akan melawan Umno pada pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita hari ini.
Ini kerana kerjasama antara Umno dan PAS hanya terhad kepada isu kepentingan agama, negara dan masyarakat.
Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam, yang menyatakan ada kerjasama antara kedua-dua parti, bagaimanapun BN mendahulukan rakyat dalam kerjasama itu.
Najib menyeru PAS supaya mengetepikan ideologi politik sempit dalam kerjasama mereka kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Nik Amar hari ini menafikan ada kerjasama politik antara kedua-dua parti.
“Setakat ini PAS memutuskan tidak ada sebarang bentuk kerjasama dan gabungan politik dengan Umno dan Barisan Nasional,” kata Nik Amar selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar hari ini.
“Pilihan raya ini memang kita akan lawan Umno juga,” tambahnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan rundingan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Nik Amar berkata setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Baru dengar dia cakap apa, kita cakap apa. Kita belum ada persetujuan sama ada nak buat kerjasama atau tak kerjasama, belum ada apa-apa lagi,” katanya.
Beliau yang turut ditanya sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri diwujudkan.
“Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.
“Selepas dikumpul, PAS Pusat akan menilai semula semua cadangan,” katanya. #sumber

1 comment:

Anonymous said...

Maka terbuktilah UG itu bohong, Kajang Move itu fitnah dan PAN itu khadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails