Wednesday, March 15, 2017

Sindiket Pelacuran Antarabangsa Di Hotel 3 Binang, Jalan Raja Laut


Seramai 28 orang wanita berjaya ditangkap disyaki melakukan akitiviti pelacuran.


PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pelacuran antarabangsa apabila berjaya menahan seramai 28 orang wanita dan lima lelaki warga tempatan yang menjalankan kegiatan mereka di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.
Operasi yang dikenali sebagai Ops Gegar bermula pada pukul 5 petang dan berakhir kira-kira pukul 10 malam itu membabitkan 23 orang pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen hasil daripada risikan dan maklumat awam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil pemeriksaan di premis tersebut mendapati 28 wanita yang berjaya ditangkap pada operasi tersebut terdiri daripada empat orang wanita warganegara Thailand, Vietnam (5), Russia (2) , Turki (1), China (3), Mongolia (3), Kazakhstan (6), dan Indonesia (4) disyaki melakukan akitiviti pelacuran di tingkat empat dan lima hotel tersebut.
“Turut ditahan adalah lima orang lelaki warganegara Malaysia yang menyelia aktiviti tidak bermoral ini dan merupakan orang tengah bagi mendapatkan pelanggan.
“Kedua-dua tingkat tersebut dikawal secara ketat dan juga pemerhatian dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan dari dikesan oleh penguat kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Mustafar berkata, wang tunai berjumlah RM9,550 turut dirampas ketika operasi dijalankan dan disyaki ia sebagai wang pungutan hasil daripada urus niaga pelacuran membabitkan semua warga asing di lokasi kejadian tersebut. - K! ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails