Tuesday, March 14, 2017

RUU 355 Selaras Hasrat K'jaan. 2 Negeri Laksana Serta-merta, Jika Lulus.





Oleh NAZIRAH NASRUN



KUALA LUMPUR: Keputusan PAS membawa pindaan Akta 355 bagi memperkasa Mahkamah Syariah adalah selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan yang hendak mengangkat martabat mahkamah berkenaan.

Demikian kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki semasa menjadi panelis Bicara Harakah Siri 6 yang berlangsung di MyHarakah Bazaar, Jalan Pahang Barat tanggal 9 Mac lalu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan diajukan oleh moderator; sama ada Umno mempergunakan PAS apabila membincangkan isu Akta 355 dan adakah ianya gimik politik Umno sematamata demi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Kata beliau, sejak tahun 2004 lagi cadangan pindaan ini sudah pun dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syarie dan Sivil di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kemudian tambahnya, pada tahun 2009 kertas untuk mengangkat Jika lulus, dua negeri boleh laksana martabat mahkamah syariah itu telah dibentangkan dan prosesnya panjang .

“Jikalau di peringkat persekutuan kita ada pelbagai fasa termasuklah mengangkat martabat martabat mahkamah syariah daripada 3 peringkat daripada 5 peringkat,” ujar beliau di dalam sesi forum tersebut.

Menurut beliau jikalau terdapat mana-mana pihak mencadangkan, kerajaan persekutuan tetap harus mengadap kesemua 9 orang sultan raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama bagi negeri-negeri. Katanya lagi, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah di bawah kuasa para sultan.

“Bukan mudah untuk hendak menyakinkan kerajaan-kerajaan negeri ini kerana mereka ada pertimbangan dan hak masing-masing yang perlu dipelihara. Oleh sebab itulah proses ini mengambil masa.

“Apabila PAS mengatakan bahawa mereka hendak bawa sebagai Rang Undang-Undang Persendirian, bagi kerajaan ini adalah secocok dengan apa yang kita hasratkan.

Jikalau ditakdirkan Akta 355 diluluskan dalam parlimen sekali pun, maka ia harus pergi kepada raja-raja Melayu kerana kuasa ini terletak di bawah sultan.
Seandainya Akta 355 ini dibentang dan diluluskan, hanya dua buah negeri sahaja yang boleh melaksanakannya secara sertamerta iaitu Kelantan dan Terengganu.

Manakala negeri-negeri lain seperti Selangor belum dibenarkan melaksanakan penambahan hukuman daripada akta tersebut. (TKO)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails