Sunday, March 12, 2017

Isu RM90J: PAS Mula Saman. Husam Yang Terima Dana Itu?


Hasil carian imej untuk husam musa
KALAU orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta,  yang dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa 'dia' dahulu. Kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
'Dia' yang dimaksudkan ialah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dikatakan mendakwa dana RM90 juta disalurkan kepada PAS Pusat melalui Affin Bank.
Menurut Takiyuddin, PAS kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno.  Saman itu dibuat oleh pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham). Perkara tersebut sudah berada dalam tindakan peguam Luham.
"Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar tahunan PAS Kawasan Tanah Merah kali ke-56 yang diadakan di Kampung Manal disini.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu beliau menjelaskan PAS Pusat tidak mempunyai sebarang akaun dalam institusi perbankan Affin Bank, sebaliknya PAS hanya mempunyai dua akaun di Bank Islam dan MayBank Islamik.
"Kalau orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia (jadi pemimpin PAS) dahulu," katanya.  Lapor HARAKAHDAILY 11/3/2017

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

4 comments:

Anonymous said...

Cakap jer nak saman. Kalau betul nk saman dari dulu lg blh saman sarawak report. Hantar notis ke sarawak report di hebohkan sebagai saman. PAS ni dari kepala sampai ke ekor semua bodoh.

Anonymous said...

Artikel kali ini sudah tersasar daripada kisah-kisah porno dan seks, apa sudah jadi...PAS tidak mahu ganti UMNO pulakah?

IrWrWs said...

Saman akan berjalan cuma perlu lebih masa sedikit. Tapi kalau macam LKS yg kata nak saman si Razali tapi tak juga saman2 maka tak perlu apa2 masa pun!

Anonymous said...

Kalau tk suka blog ni boleh la berambusss... buat semak je ko kt sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails