Thursday, March 16, 2017

Kelantan Dilanda Wabak H5N1

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung (H5Nl) sebagai bencana negeri ekoran gejala penyakit tersebut yang bermula awal bulan lalu semakin buruk.
Pengisytiharan H5N1 sebagai bencana berkuat kuasa semalam dan masalah tersebut diletakkan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).
Sehingga semalam, wabak H5N1 yang pada mulanya dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini menular ke tiga daerah lain iaitu di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.
Setakat semalam, sebanyak 23 buah kampung di empat jajahan yang terkesan dengan wabak H5N1 yang sedang melanda.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam memutuskan bahawa wabak tersebut diletakkan di bawah Arahan MKN 20.
“Arahan MKN 20 berkaitan dengan arahan yang menggariskan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana sebelum, semasa dan selepas kejadian.
“Menerusi Arahan MKN 20, beberapa agensi kerajaan dikerahkan untuk bekerjasama dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak wabak daripada merebak,” kata beliau selepas mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

1 comment:

Harez said...

Musibah itu datang dari diri sendiri....apabila kita leka dan lalai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails