Monday, February 06, 2017

Erti Politik Matang? Termasuk Dekati UMNO? -Hashim Jasin

Hasil carian imej untuk politik matang


Hasil carian imej untuk politik matang


"PENDEKATAN matang dalam tindakan politik telah membolehkan Islam bangkit dalam sejarah manusia dari sebuah agama yang ditentang keras di Mekah, menjadi sebuah agama yang diterima oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia."

Demikian tulis Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS, melalui artikel 'Rasulullah SAW pelopor politik matang' dalam Harakah hari ini..

Menurut beliau seterusnya, 'Matang' ertinya bertindak mengikut pertimbangan iman dan akal, bukannya mengikut hawa nafsu, serakah, kesumat dan sentimen sehingga menolak kebenaran sebagai benar dan kebatilan sebagai batil.

Inilah ingatan Allah SWT kepada Nabi Daud AS yang menjadi ibrah sepanjang zaman untuk orang-orang yang beriman. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud, 
  • "Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan al-Haq (wahyu Allah) dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan" (Shad: 26).
Allah SWT memerintahkan Nabi Daud AS supaya tidak mengikuti hawa nafsu kerana ia bukan sahaja menyesatkan manusia, tetapi ia menjadi gantian terhadap hukum dan perintah Allah (al-Haq). Sesiapa yang tidak berpegang dengan wahyu Allah, pada hakikatnya dia telah mengikuti hawa nafsu, sehingga seluruh pertimbangannya adalah berasaskan sentimen yang sempit, kebencian dan dendam serta tidak berasaskan kebenaran.

Ini Tindakan Matang

Menurut beliau lagi, agenda bertindak berasaskan kebenaran, menyokong apa sahaja yang benar dan menolak segala kemungkaran inilah yang membentuk tindakan yang matang. Pertimbangan yang berasaskan wahyu adalah tidak dibelit oleh muslihat dan kepentingan sempit, sebaliknya mengutamakan kebenaran berasaskan syariat yang diturunkan oleh Allah. 

Beliau memberi 2 contoh kematangan Rasulullah SAW.

Satu:

Dalam peristiwa dakwah di Taif misalnya, Baginda telah menerima layanan yang sangat buruk daripada pendudukan Taif. Baginda bukan sahaja ditolak dakwahnya, dicerca dan dimaki, bahkan dicederakan. Pada saat itu, datang malaikat menawarkan azab untuk dihempapkan ke atas penduduk Taif. 

Ketika Baginda mempunyai pilihan untuk melepaskan dendam terhadap kejahatan penduduk Taif, Baginda bertindak matang dengan mendoakan agar lahir dari sulbi mereka pendukung agama Allah, bahkan merayu kepada Allah agar mereka diberikan petunjuk.

Dua:

Begitu juga ketika pembukaan Kota Mekah, Baginda telah mengambil tindakan matang dengan menjadikan rumah Abu Sufian sebagai tempat perlindungan kepada orang Mekah. Abu Sufian, pemimpin Mekah yang sangat keras memusuhi Islam telah merasakan dirinya diberikan penghormatan tinggi oleh Nabi SAW, sehingga tunduk dia akhirnya kepada Islam. 

Dalam masa yang sama, Nabi SAW menyenaraikan tokoh-tokoh Mekah mesti dihapuskan termasuk Ikrimah bin Abu Jahal. Tetapi apabila Ikrimah datang kepada Baginda dengan mengucapkan syahadah, beliau segera dimaafkan. 

Kerana dua tindakan matang ini, seluruh negeri Mekah menyerah diri kepada Islam dan terbukanya kemenangan. Dua contoh tindakan matang Rasulullah SAW ini adalah secebis dari ratusan kisah kebijaksanaan Baginda yang sepatutnya menjadi tauladan dan ikutan terbaik kepada seluruh pejuang Islam. 

Bukankah Rasulullah SAW telah mempelopori politik matang dalam sejarah Islam? Maka mengapa orang yang berjuang di jalan Allah terpengaruh dengan politik sentimen? Sentimen yang dibina tanpa asas kebenaran, sebaliknya diselaputi kesempitan fikiran akan menimbulkan taksub dan perasaan asobiyah yang menyesatkan. 

Perjuangan sempit seperti inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW sebagai "bukan dari kalangan kami!" (Riwayat Abu Daud).

PAS Dan Politik Malaysia Masakini

Mengenai PAS dan politik Malaysia masakini, Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu menyebutkan, 

"PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, kita telah memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah SAW dengan berpolitik secara matang. 

"Kita memilih antara dua kemudharatan..
  • bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau 
  • bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam (juga suatu kezaliman menurut pandangan Islam). 
"Kita tidak menyokong, bahkan menentang tanpa kompromi terhadap semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno/BN. Tetapi kita harus mengakui mereka adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.

"Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam. Kita pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam. 

"Terkeluarnya DAP dari BA pada 2001 adalah kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam, sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan.

"Ketika kita tidak dapat menerima sama sekali politik anti Islam yang didukung oleh DAP dan tindakan zalim BN ke atas rakyat, kita sebenarnya mempunyai sasaran bahawa ahli-ahli Umno dan penyokong BN adalah mad'u kita. Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuangan-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, PAS juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno. 

"Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf kita dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, menurut Haji Hashim lagi, "Kita mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang itu, dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam. 

"Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan keuntungan kepada Islam."

Demikian Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS.

(IH)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

17 comments:

Unknown said...

Yele, MATANG sebab duit rm90 JUTA dah masuk dalam akaun.
Dulu time mengkafirkan umno, tak mahu solat satu bumbung,
tak mahu berimamkan orang umno, masa tu PAS b elum akir
baligh, ek..............??????
Sekarang bila dah kenal DUIT, barulah matang sikit.
HAHAHAHA.

Anonymous said...

Aduhai la cik minah 12:01

Asyik2 cerita dulu dan dulu...isu kafir jugaklah yang ditegakkan demi membela dap. Walhal dah byk penerangan ada dlm internet ttg isu ini. Umno sendiri pun tak menyebut dah isu ini, namun orang lain pulak yang pening nak bersuara..

Kematangan sesuatu organisasi tu biasalah meningkat secara gradually. Sekarang bila Pas telah berganjak kepada satu fasa baru mengapa la pulak nak ditentang. Kalau nak ditentang, hujahlah tentang fasa baru yang sedang berlaku ni iaitu politik matang dan sejahtera.

Kalau nak sebut cerita pasal duit cerita sekali tentang banglo lge, projek terowong dan 15juta dedak kepada ikram. Ini tak balik2 la cerita ttg teori 90juta. Teori oleh sr yang pernah ada sejarah menipu dan kalah saman kerana memfitnah Tghh.. Pity

Anonymous said...

Jilat pantat Najib dan Ratu Rosmah ya pemimpin PAS.Kalau mereka berdua dah tak ada tak lah merasa pulus dari UMNO.

Anonymous said...

Jangan bodo sangat cik minah,belajar sikit ikut isu semasa, ikut peredaran zaman. Kalau jadi katak pun, jangan bawah tempurung, bawah gelas pun baik sikit!

Anonymous said...

Budaya Politik matang Dan sejahtera(BPMS)..terbaik bagi PAS.
Lawan BN tetap lawan ...Cuma pendekatan berbeza..Dasar perjuangan tetap sama.

Unknown said...

Yele, BAB DUIT, memang kena matang.
Kena sokong pencuri sebab boleh share habuannya.
Ini baru MATANG.
Kalau tak matang, terus je kutuk DUIT HASIL
CURIAN tu, HAREM.
Orang MATANG je yang nampak faedah menyokong pencuri.
Belajarlah camna nak curi berbillyon dan lepas.
Nanti bila dah betul-betul MATANG, kita buat kebas
trillion, ye dak.
Barulah benar-benar MATANG!

Anonymous said...

ishh...kesiannya kat cik minah...nantilah PAS bermatang dgn PAN Dan DAP plk.Barulah cik minah tak marah.

Mat Bon said...

Kalau PAS boleh menunjukkan kematangan di dalam hubungannya dengan UMNO, mengapa PAS kelihatan kebudak-budakkan di dalam hubungannya dengan Amanah dan DAP? Sebaliknya Kit Siang yang beralah, merendah diri memujuk PAS dan PAS yang meninggi diri menolak beliau tampa perjumpaan.

Anonymous said...

Mat Bon hoi...jgn mudah termakan dgn permainan Kit Siang..licik ooi..anak murid Kuan Yeu .

IrWrWs said...

Mana boleh bermatang dan bersejahtera dgn anti Islam dan pengkhianat.

Anonymous said...

Kita berperang aje..guna kayu.batu.dan buluh runcing...
jgnn guna senjata moden sebab itu semua org kapir harbi yg cipta...
Klau mati kedua duanya pasti masuk surga......

Anonymous said...

Anon 10:23

Kita wajib gunapakai apa je yang kapir harbi cipta tak kira la senjata perang ke, arak ke, pelacuran, dadah, social, sex bebas, halalkan pantai bogel etc. Guna pakai semua...itu kot maksud tersembunyi ko tu

Anonymous said...

Penyokong Pas ni masa dia suka dalil dia lain masa tak suka hujah lain pulak.. mengaku aje lah nak baik dengan umno macam nik abduh kan senang.. belit2

Anonymous said...

Tengoklah kata-kata terbaru daripada timbalan pemuda Pan dalam blog kerengga "Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa DAP menentang Islam sebagai kenyataan bersifat propaganda bagi membangkitkan api perkauman berasaskan sentimen agama"

Hebat betul timbalan pemuda Pan ini. Apabila Dap menentang Islam dengan cara mencampuri urusan hukum hakam termasuk urusan fatwa (P.Pinang), dia senyap, tunduk dan akur. Tapi bila Nik Abduh tindakan Dap itu adalah bersifat menentang Islam, si khadam itu membela tuannya dengan mengatakan tindakan Nik Abduh bersifat propaganda yang boleh membangkitkan api perkauman berasaskan sentimen agama.

Aku cuba melihat logik yang paling simple atau paling mudah untuk menyokong kata2 Faiz ini tetapi tidak dapat. Sebabnya mudah. Mengapa Dap yang menghina hukum Islam (cth hudud tak sesuai utk org Islam/menentang RUU355/mempertikai zakat) itu tidak di claim oleh Faiz sebagai - boleh membangkitkan api perkauman? (bukan perkauman shj malah keharmonian antara agama juga boleh terjejas). Sebaliknya orang yang membela agama itu pulak yang dituduh pencetus? Kalau dimata Faiz Pas itu pencetus, maka adakah si Faiz ini menganggap Dap itu pula sebagai pembela Islam?

Kesimpulannya Pan ini memang amat2 sesuai lah jika masyarakat sekarang melabel mereka sebagai khadam Dap. Aku lebih nampak PanDap ini bukanlah berjuang untuk menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi. Tapi tidak lain hanya ingin memindahkan kleptokrasi sedia ada kepada tuan yang baru iaitu Dap. Pan akan ditaburkan dedak daripada hasil itu nanti. Dengan isu banglo, terowong 300j, dap itu sama sahaja sifat halobanya. Cumanya lubuknya masih kecil sebab cuma di PP. Kalau dapat kuasa diputrajaya nanti, maka ranking dap pula akan mengambil alih top-10. Selain membentuk kleptokrasi yang baru, BONUS utk Dap ialah mereka lagi mudah melaksanakan agenda untuk MELIBERALKAN Malaysia dengan kuasa yang ada, kerana sikap pemimpin Melayu dalam komponennya yang cuma akan 'tegak leher' bila bercakap tentang isu2 yang melibat duit sahaja. Isu agama dan kerohanian semua campak tong sampah sebab tdk melibatkan DUITTTT dan keuntungan.

Anonymous said...

Hadiah drpd anon3:22 untuk anon 2:46

Anonymous said...

Anon 3.25 pm memang awak kaki belit.. ular

Anonymous said...

Prinsip PAS..Walharammu makan sorang..walhalalku makan berdua. Pas boleh menyucikan duit rompakan rakyat terbesar di dunia yg ditabur ketua penyamun najib.

Parti lebai assobiyah kaki belit menipu ahli2 yg tolol dulu, kini dan selamamya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails