Friday, February 10, 2017

Orang Islam Rohingya Saudara Kristian, kata Pope Francis

pope-francis

BANDAR VATICAN: Pope Francis hari ini mengecam kekejaman terhadap minoriti Rohingya Myanmar, berkata mereka didera dan dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam mereka.



Kenyataan Francis di pertemuan mingguan itu menyusuli laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas yang melaporkan pasukan keselamatan di utara negara itu melakukan pembunuhan besar-besaran, rogol berkumpulan dan membakar kampung.

“Bertahun sudah lamanya mereka menderita, didera, dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam,” kata Francis.
“Mereka dihalau dari Myanmar, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana tiada siapa mahukan mereka. Tetapi mereka orang yang baik dan aman. Mereka bukan Kristian. Mereka saudara kita,” katanya.

Selepas laporan yang diterbitkan Jumaat lepas, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Zeid Ra’ad al-Hussein berkata pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berjanji akan menyiasat dakwaan itu.

Myanmar, sebuah negara majoriti pengikut Buddha, sebelum ini menafikan semua dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap orang Islam di utara negara itu.

Pope Francis dijangka akan melawat Bangladesh tahun ini.

Saksi yang disebutkan dalam laporan PBB melaporkan “pembunuhan bayi, kanak-kanak, perempuan dan warga emas; menembak orang ramai yang sedang melarikan diri; membakar seluruh kampung; penahanan besar-besaran; pemerkosaan dan keganasan seksual secara tersusun dan besar-besaran; memusnahkan makanan dan sumber makanan secara sengaja”. (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

1 comment:

Anonymous said...

Pope Francis hari ini mengecam kekejaman terhadap minoriti Rohingya Myanmar. Sebaliknya parti kuali ternakan roket pula berdiam diri walaupun parti kuali pernah mendakwa parti kuali adalah parti 'Islam'. Adakah pemimpin parti kuali masih menunggu 'fatwa' dari sifu roket?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails