Tuesday, February 07, 2017

Abd Hadi Terima Sandang Kehormat Silat Gayong



Tujuh pemimpin PAS, termasuk di peringkat tertinggi, menerima penghargaan sandang kehormat daripada Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia semalam.
Berlangsung di sebuah hotel di Muar, antara penerima sandang kebesaran itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut menyampaikan ucap utama di majlis berkenaan.
Abdul Hadi menerima sandang Mahkota  Seri Bintang Pelangi.










Penerima lain ialah Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menerima sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil (Mahkota Seri Cahaya Pelangi); Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin (Mahkota Seri Relang Pelangi); Ketua Dewan Ulama Pusat PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad (Mahkota Seri Bintang Pelangi) dan Pemangku Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin (Mahkota Seri Bintang Pelangi)

Tidak ketinggalan menerima penghargaan itu ialah anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga timbalan ketua Pemuda PAS.
Muhammad Khalid (gambar, kiri) menerima sandang Mahkota Seri Relang Pelangi.
Menulis dari atas kapal Nautical Ayala yang sedang berlayar ke Myanmar, Muhammad Khalil berkata majlis Ikatan Ukhuwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017 itu adalah detik bersejarah.
Katanya majlis itu diserikan dengan kehadiran Naib Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia iaitu Abdul Hadi.
Menurut Muhammad Khalil, apa yang berlaku itu adalah hasil usaha Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS mengangkat kembali ilmu persilatan yang diwarisi turun-temurun.
"Bermula dengan berbusana songket pendekar Melayu di Muktamar Dewan Pemuda Pusat PAS tahun lepas bersama Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kami terus mengadakan pertemuan dengan persatuan serta pertubuhan silat agar dapat sama-sama berganding bahu menaikkan kembali seni warisan bangsa ini yang seolah-olah tenggelam di telan zaman," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook semalam.
Persilatan harus dipelajari
Menurut Muhammad Khalil, silat merupakan ilmu seni mempertahankan diri bangsa Melayu dan masyarakat Nusantara sejak turun-temurun.
"Ia merupakan seni warisan Melayu yang unggul yang perlu disemai, dipupuk dan diwarisi oleh setiap anak bangsa.
"Ilmu persilatan memerlukan ketekunan, disiplin serta mental yang tinggi untuk dihayati dan diamalkan. Setiap gerak geri dan seni tempurnya menggambarkan kehalusan seni serta budaya orang Melayu sejak zaman berzaman.
"Maka dengan itu ia wajar dipelihara serta diwarisi agar dapat dipertahankan dan tidak lapuk ditelan zaman," katanya.
Menjelaskan kewajaran itu, Muhammad Khalil berkata, Islam menuntut umatnya agar Istiqamah dalam setiap perkara serta mempunyai disiplin tinggi.
"Di zaman Rasulullah SAW, permainan pedang dan memanah adalah salah satu cabang ilmu seni mempertahankan diri ketika itu.

"Ia dipelajari dengan meluas oleh orang Arab sama ada untuk mendalaminya, mempertahankan wilayah serta kampung halaman mereka, dan paling utama mempertahankan Islam yang pesat berkembang ketika itu."Maka ilmu persilatan juga harus dipelajari agar dapat diamalkan dan diperlakukan seperti  zaman Rasulullah," katanya. 

Turut hadir di majlis penganugerahan sandang itu ialah anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang juga anggota parlimen Muar.
(Malaysiakini.)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

3 comments:

Anonymous said...

PAN pula saya anugerahkan Sandang Kehormat Silat Taichi Al Khadam

Mengapa dapat anugerah Sandang Kehormat Silat Taichi Al Khadam:

a. Kerena membenarkan apa jua yg dikatakan oleh DAP
b. Melenting macam kera kena belacan bila DAP dipersoalkan
c. Lebih menyanjung DAP dari menyanjung sesama Islam di Malaysia

Bagi Presiden PAN pula selain Sandang, akan diberi tanjak kain woren kaler dicintai oleh PAN dan mikrofon sakti untuk beliau. Tempikan mari kita lawan sambil melontar mikrofon yang tak berdosa akan menjadi satu babak bersejarah bagi PAN.

Pakar Silat Taichi Al Khadam sudah terbukti apabila pengakuan dari Ahlul PAN yg seorang pemimpin PAN mempunyai kuasa 10x ADUN dan berupaya mimpi 15 x

Anonymous said...

Seperti mana biasa ulangan pesanan dari website ISMA dikepilkan untuk macai2 PAN sedar diri dan bertaubat.

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

KAH KAH KAH..Assobiyah rupanya lebai2 ni. Ada mentera2 jampi serapah dlm silat gayung ni dah tak syirik sbb lebai2 dah join sekaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails