Friday, February 10, 2017

Jabatan Polis N/York Hina, Buli Polis Bertudung

Danielle Alamrani


NEW YORK – Seorang anggota polis wanita Islam memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama, dibuli dan dihina oleh rakan sekerja.

Ini termasuk digelar ‘pelacur Muslim’ malah ada yang cuba merentap tudung dipakainya, menurut NBC News, yang memetik saman yang difailkan Danielle Alamrani, 38, pada 2 Februari lalu.
Mangsa yang menyertai Jabatan Polis New York (NYPD) pada 2006, dan memeluk Islam setahun kemudian, berkata sebaik dia mula memakai tudung, polis lain enggan bekerja dengannya.
Mahkamah diberitahu, pada 2010, seorang sarjan berkata dia berharap Alamrani ‘tidak meletup ketika meronda’ disambut dengan ketawa oleh anggota polis lain. Pada Krismas 2012, dua anggota polis menyerang Alamrani di balai polis dan cuba merentap tudung dipakainya.
“Mereka menjerit ‘pelacur Muslim’ kepadanya dan ‘saya akan tumbuk muka awak’.  Dia juga digelar sebagai pengganas dan Taliban,” menurut laporan dipetik oleh AP.
Alamrani dalam samannya berkata, hampir setiap hari dia diejek bahawa dia tidak sepatutnya menjadi polis, tidak boleh pakai tudung, tiada siapa mahu bekerja dengannya, memalukan NYPD dan tiada siapa sukakannya.
Wanita itu juga mendakwa dihukum dengan ditugaskan pada syif yang tidak siapa mahu, dikurangkan kerja lebih masa, malah dia serta anak-anak pernah ditahan rakan sendiri selama beberapa jam akibat jiran buat aduan bising dari rumahnya.
NYPD yang mempunyai kira-kira 900 anggota uniform beragama Islam daripada 35,000 keseluruhan anggota, sebelum ini mengumumkan untuk mengambil ramai lagi rekrut beragama Islam.
Ia juga melonggarkan syarat membenarkan anggota polis menyimpan jambang kerana faktor agama dan Alamrani ialah seorang daripada dua anggota polis yang memakai tudung. Dia memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Persamaan Hak Pekerja pada Disember 2015 dan diberi kebenaran untuk memfailkan saman itu tiga minggu lalu.
“Dia masih bekerja dan cuba melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis,” kata peguamnya Jesse Rose. – Agensi/myMetro Online

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails