Wednesday, February 08, 2017

DAP Musuh Allah Yang Nyata! – Nik Abduh

DAP Musuh Allah Yang Nyata! - Nik Abduh

KUALA LUMPUR – PAS menolak kerjasama dengan DAP kerana DAP menolak penyelesaian yang diketengahkan oleh agama Islam untuk sesebuah negara.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, DAP juga berani menentang kehendak umat Islam mencari penyelesaian dengan agama mereka sendiri.
“Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agamanya. PAS mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
DAP yang mengetuai Pakatan Harapan merupakan sekutu politik kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). Pakatan Harapan pula menandatangani perjanjian kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nik Mohamad Abduh berkata, PAS menyeru rakyat menolak sebarang penyelesaian yang menolak pesanan-pesanan Islam. Katanya, PAS menolak mereka yang bermusuh dengan Allah, Rasul dan agama Islam.
“Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan yang diredhai Allah,” katanya. (IH/MYNEWSHUB.CC )

8 comments:

Anonymous said...

Musuh kepala lobai mu Abduh
Pas..pis ..pus akan keseorangan dan dikencing umno-bn nnt
Politik bengong lobai hadi.

Nur Barzakh said...

oii, tk baik la kata gitu ke dia. mmg betul oun sejarah lama dh buktikn DAP n PAN khianat pd PAS. khianat pada islam. umno masih seaqidah walaupun ada perompak.

ban khong said...

Dok kira orang punya khianat. Yg depa khianat pengundi tak mau nak sebut. Ingat pengundi nak tau ka semua tu. Yg pengundi nak tau hampa ahli parlimen lawan dasar kerajaan yg tak betoi dalam parlemen nu. Bela kami yg kerajaan dok tekan dgn macam2 kenaikan harga barang ni. Hak tu pon nak kena ajaq. Cakap bab politik pum pang pum pang. Apa pon tak jadi.

Anonymous said...

Dalam PH pun ada perompak, bekas bapak perompak dan yg xseakidah(kuat menetang islam) pun ada.jadi taiko pulak...ermmm. parahh..lagi parah...PAS perlu terus dekati ahli UMNO...

Anonymous said...

Musuh islam pun xkenal...ini sah geng mat sabun micropon...

Anonymous said...

Islam akan menang...itu janji ALLAH...takperlu nk maki hamun...sabar ye...

ban khong said...

8:39
Hang tau dak dalam Malaysia ni apa tugas Agong? Kalau dah terang2 DAP tu musuh Islam awat Agong @ Sultan tak panggil mengadap. Sah sewel hang ni.

ban khong said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails