Saturday, February 11, 2017

Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.

Hasil carian imej untuk guan Eng biadap
Imej yang berkaitan

Oleh Ibnu Hasyim

NAMPAKNYA memang makin jelas DAP tidak menghormati Islam, agama rasmi negara ini seperti Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Apa lagi bila Dewan Ulamak PAS Pusat (Malaysia) mendesak Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng supaya tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri Pulau Pinang.

Sebagaimana yang berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang.

Yakni bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng terlebih dahulu. Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Exco, YB Abdul Malek Abdul Kasim kepada Sahibus Samahah Datuk Haji Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan campur tangan kerajaan terhadap proses pembuatan fatwa melibatkan Kalimah Allah. 

Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak daliK bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Kenyataan bekas Mufti Datuk Haji Hasan dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa Datuk Md Salleh Haji Ahmad pada 8 Februari 2017 menyebut ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Hal ini berlaku kerana campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius. Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. 

Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan. Jelas, hal ini tidak dihormati langsung oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya.

Hasil carian imej untuk guan Eng biadap

Oleh itu, saya bersetuju dengan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat pada Jumaat 10 Februari 2017 menyebutkan,

"Sekiranya dengan hanya memerintah negeri, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan agama Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah negara (moga Allah jauhkan) sebagaimana impian Pakatan Harapan. 

"Malang sekali, sebahagian orang Islam terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam." Kata beliau.

Pada saya, DAP semakin biadap, sudah tidak menghormati agama Islam lagi, agama penduduk majoriti di negara ini dan perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah perlu pemimpin-pemimpinnya diseret ke mahkamah? Perlu diajar sedikit supaya pandai menghormati agama lain? 
(IH)



Surat daripada Datuk Malik Abdul Kassim

Sepucuk surat daripada Datuk Malik Abdul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang kepada Sahibul Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Negeri tersebar di media sosial hari ini.
Surat bertarikh 26 Mei 2010 menyatakan Malik selaku EXCO agama melahirkan rasa kesal terhadap Mufti Negeri Pulau Pinang yang mewartakan ajaran Tok Husin Janggut dan kalimah-kalimah suci yang dilarang terhadap bukan Islam diwartakan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihaknya.
surat
surat1

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

14 comments:

Anonymous said...

Tindakan parti kafir harbi campur tangan dalam proses membuat Fatwa jelas menunjukkan parti kafir harbi dan bonekanya parti liberal telah:

(1) menghina dan menentang Perlembagaan Persekutuan artikel 3(1) iaitu Islam Adalah Agama Persekutuan.

(2) campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini.

(3) tindakan parti kafir harbi dan bonekanya parti liberal telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Oleh sebab itu kerajaan mesti mendakwa pemimpin kafir harbi tersebut supaya masalah yang sama tidak berulang di masa hadapan. Kita umat Islam tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama kafir maka kita amat berharap pihak kafir tidak campurtangan dalam urusan agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Apa masalah pulak dengan surat tu? Dekat mana yang dikatakan campur tangan tu? Dia cuma kesal sebab tak di maklumkan berkenaan dengan warta seperti termaktub dalam seksyen 48(4) dan mohon supaya di bawa bincang balik. Tu kira campur tangan jugak ke?

Anonymous said...

Takkan Agung pun ikut telunjuk DAP? Biol betul walaun2 parti jual agama Pas ni.

Anonymous said...

Anon 4.14 ni lembab betoi.. kamu ni kalau dap suruh masuk lubang cacing pun kamu masuk...

Anonymous said...

Anon 7.37 ni bangang betul...kamu ni kalau Hadi Mereng cakap duit rm90juta tu sebenarnya hasil kutipan Derma Tin Milo pun kamu percaya....bodohnye manusia

Anonymous said...

Balaci-balaci dedak ternakan roket sentiasa membela kezaliman dan kejahatan pemimpin-pemimpin roket walaupun pemimpin-pemimpin roket telah menghina dan menentang agama Islam seperti menghina Hudud (hukum Allah), pakaian menutup aurat, khutbah Jumaat dll, mufti dan ulama dan fatwa dan dan menindas.

Pemimpin-pemimpin roket juga bersikap perkauman dan cauvanis dengan menafikan hak umat Islam seperti merobohkan berpuluh kampung orang Melayu @ umat Islam untuk menghalau orang Melayu keluar dari pulau yang diperintah oleh rejim roket !

Pemimpin-pemimpin kafir roket yang bersikap perkauman dan cauvanis jelas menghina fatwa apabila mereka campurtangan dalam fatwa. Tindakan biadap pemimpin-pemimpin roket ini mengingatkan kita kepada tindakan biadap Bintang Tiga dan Parti Komunis Malaya yang telah menghina dan menentang agama Islam dan menindas dan membunuh umat Islam semasa komunis ini berkuasa.

Maka jelaslah balaci-balaci dedak dan pemimpin-pemimpin roket amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Maka tidak hairanlah tentera siber Red Bean Army makan babi dan dedak.

Anonymous said...

Balaci 9:54 AM ternakan roket membuat dakwaan rm90juta tanpa sebarang bukti maka Balaci 9:54 AM adalah pendusta yang amat menjijikkan ! Berapa ringgit pemimpin roket bayar tentera siber kacang merah (RBA) seperti kamu untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam?

Anonymous said...

Hoi macai 4:14 AM dan 9:54 AM pemakan dedak roket! Fatwa pun perlu mendapatkan kelulusan pemimpin kafir harbi kah? Macai macai 4:14 AM dan 9:54 AM ternakan roket adalah lebih bodoh dari babi ternakan roket! Inilah akibat macai roket makan dedak ...bodoh melampau !

Fakta: Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah meminta kebenaran orang kafir harbi untuk berdakwah dan mentadbir negara Islam!

Anonymous said...

Barua-barua roket meroyan sakan cuba menutup rahsia sifu kafir roket campur tangan dalam fatwa ! Bukti sudah jelas pun barua dedak roket masih mahu nafi lagikah???

Anonymous said...

Yg kuat meroyan biasanya walaun2 biol Pas sebab kecewa..cubaan menghasut isu agama dn perkauman dah tak laku skrg. Orang ramai dah tak percaya dgn parti lebai jual agama 90juta penipu.kahkahkah

Anonymous said...

Yang paling kuat meroyan tahap longkang biasanya walaun2 biol ternakan roket sebab kecewa..cubaan menghasut isu agama dn perkauman dah tak laku sekarang. Orang ramai dah tak percaya dengan parti KAFIR HARBI dan sifu pelbagai skandal yang suka memfitnah dan menghina agama Islam , ulama Islam dan parti Islam dan menindas hak umat Islam. Sifu sendiri didakwa dalam mahkamah !

Lihat sajalah walaun dedak roket 3:43 PM membuat pelbagai tuduhan karut terhadap PAS tetapi dia gagal menunjukkan sebarang bukti yang bererti walaun-walaun ternakan roket seperti walaun 3:43 PM adalah mangkuk hayun yang mempunyai kebodohan peringkat tertinggi.

Anonymous said...


Orang ramai dah tak percaya dengan pelbagai dakwaan karut yang disebarkan oleh walaun-walaun Tentera Kacang Merah (RBA) yang diternak oleh rejim roket ! Sepatutnya walaun-walaun RBA cari kerja baru seperti buruh tandas awam sekarang sebab rejim roket akan kalah dalam pilihan raya yang akan datang ! Umat Islam tidak akan mengundi parti roket !

Anonymous said...

Anon 5:18, 5:25

Dah terlebih telan pil kuda ke? Merapu meroyan tak abis2. Kesian..kahkahkah

Anonymous said...

Habis isukah di Pulau Pinang sekarang ini, isu campurtangan yang digambar-gemburkan hanyalah isu kecil kerana fatwa tersebut telah pun diwartakan di Pulau Pinang. Jika rasa tak betul saman sahaja, polimikkan isu sememangnya sudah selesai. Jangan pula kuman di sebarang laut nampak, kes RM 90juta tak juga disamannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails