Saturday, February 11, 2017

Menteri Kabinet Letak Jawatan, Azmin? Bohong, Tegas Najib.


Hasil carian imej untuk azmin Najib

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya pada Jumaat malam mendakwa seorang menteri kanan Kabinet telah meletakkan jawatan.

Menerusi laman Twitter miliknya itu, Azmin telah bertanya benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? 
Beliau tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan itu.

Azmin sebaliknya meminta pengikut Twitter untuk terus mengikuti perkembangan terkini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respon segeranya melalui laman Twitter juga berkata, tiada menteri yang meletakkan jawatan.

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya bahawa dia letak jawatan. 
"Saya anggap Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan, melainkan beliau boleh mendedahkan namanya," tegas Najib. (IH/mStar)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

2 comments:

Anonymous said...

Kita sedang menunggu pemimpin roket yang bersifat perkauman dan cauvanis meletakkan jawatan kerana pelbagai skandal seperti banglo terlajak murah dan kertas kerja harga melampau. Pemimpin roket ada beranikah?

Sejak keluar masuk mahkamah, pemimpin roket mengalami penyakit terketar lutut. Alzheimer's Disease ???? Selepas ini pemimpin roket boleh berehat lama dalam hotel tiada bintang bersama kroni !

Anonymous said...

Apa nak hairankan, Azmin cuma buat pertanyaan kalau tak betul jawab tak ada tapi kalau sebalik jawablah ada. Ini bukan isu, ini hanya pertanyaan. Seperti kes RM 90 juta, Husam cuma meneka kalau tak betul saman sahajalah tapi kalau nak saman kena saman SR juga. Janganlah macam ayam jantan berkokok tapi ekor bergelumang taik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails