Tuesday, February 07, 2017

Acara Sukan, Tapi Selak Baju Tunjuk Tatu Dekat Kemaluan.


Pengacara Selamba Selak Gaun Untuk Tunjuk Tatu Di Pinggang
SUKAN
PENONTON yang sedang menonton rancangan bual bicara bola sepak Mexico telah dikejutkan dengan telatah salah seorang pengacaranya yang tanpa segan silu menyelak baju yang dipakainya untuk menunjukkan tatu di pinggang berhampiran kemaluannya.
Tindakan Claudia Guajardo itu turut mengejutkan dua lagi rakan pengacara rancangan Las Noches Del Futbol, atau Malam Bolasepak.
Salah seorang daripada pengacara lelaki itu menutup muka manakala seorang lagi pengacara perempuan menjerit `hentikan, hentikan’ ketika Claudia mahu menunjukkan tatu itu dengan lebih jelas kepada mereka. 

Bagaimanapun aksi Claudia itu diterima ramai hinggakan program tersebut menyiarkan semula aksi tersebut dalam bentuk perlahan.

Claudia kemudiannya memuatnaik gambar tersebut dalam Instagramnya yang mempunyai 119,000 pengikut dan dia turut mendapat pujian daripada mereka.
Aksi Claudia itu telah disamakan dengan salah seorang gadis pembaca laporan cuaca, Yanet Garcia yang sering menyebabkan orang ramai terpaku apabila menyaksikan dia memakai pakaian menjolok mata ketika keudara secara langsung.
Ia juga menyebabkan portal hiburan TMZ dan Playboy menamakan Yanet sebagai `gadis cuaca paling hot’ dan disifatkan sebagai gadis yang mampu menyebabkan penonton menunggu bagi menyaksikan laporan cuaca.
Begitulah, setiap program-program umum semuanya dikaitkan seks dan pemuasan nafsu, walaupun dalam acara sukan dan bola sepak. Itulah trend yang melanda pengacara-pengacara dunia sekarang ini. Akan sampaikah virus itu ke negara ini?


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.



3 comments:

Anonymous said...

Awal-awal selfie amoy langgat dada. Alasan diberi anggap macam anak saja.

Itu baru Mr President PAN. Balaci2 PAN aku tak tau la nak sebut

Anonymous said...

Woi 2:08.....gila babi apa kau ni?....cerita ni tak ada kena mengena dengan politik la....macam ni ke orang Islam?....buat malu PAS aje.

Unknown said...

Hahahahah
Tuan Haji jgn dok boh la crita lagu ni. Tu kat ataih tu komen pon dok pi tala kok belah2 tak senonoh dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails