Friday, February 10, 2017

Kedah Mahu Ambil Semula Pulau Pinang Jadi Tanahnya

Kedah Mahu Ambil Semula Pulau Pinang Jadi Tanahnya

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah bukan sahaja tidak bersetuju dengan cadangan hendak menjadikan Langkawi sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan, malah mahu menebus semula Pulau Pinang.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, sebagai `tuan tanah’, kerajaan negeri ada hak bantah penyerapan Langkawi sebagai Wilayah Persekutuan.
“Justeru, kami (kerajaan negeri) bukan saja membantah sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan yang baharu.
“Malah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Memorial Tunku Abdul Rahman di Rumah Merdeka di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan.
Mengenai Pulau Pinang, Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang setiap tahun mengikut harga semasa.
Bayaran pajakan itu ditandatangani melalui Perjanjian Pajakan 1786.
“Cukuplah selama ini kita rugi dan kini ada pihak yang mahu mengambil Pulau Langkawi pula. Bila merdeka, Pulau Pinang dimasukkan sebagai sebuah negeri secara senyap-senyap tanpa mengira perjanjian pajakan yang telah dimeterai dahulu.
“Kalau tidak ada, untuk apa mereka (Pulau Pinang) masih membayar RM10,000 itu setiap tahun dari dahulu sehingga sekarang malah terpaksa dimasukkan ke dalam bajet kerajaan mereka. Seolah-olah ada akujanji berkaitan pajakan ini,” katanya.
Mohd Rawi berkata, kerajaan Kedah telah menghantar surat kepada kerajaan Pusat pada bulan lalu berhubung perkara berkenaan. – BERNAMA


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails