Tuesday, February 07, 2017

Akan Disambar Api Neraka Kerana Sepentas Dengan UMNO? -Idris Ahmad.

Kadir Jasin Terlebih Makan Dedak Mahathir - PAS
MUNGKAR wajib dilawan, perkara baik wajib disokong. Ini prinsip kita. Demikian pandangan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini.
Kerjasama UMNO dan PAS untuk umat Islam Rohingya dikecam hebat pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 
Bahkan..
"Ramai mereka mendakwa kononnya pemimpin PAS akan disambar api neraka di akhirat, kerana PAS berada sepentas dengan UMNO dan tolong menolong dalam isu Rohingya.
“Kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pegang tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa program solidariti Ronhingya dan Datuk Tuan Ibrahim senyum semasa melepas kapal Flotila maka terus dituduh pemimpin PAS akan disambar api neraka.
“Huh hebat, tafsir mana mereka belajar. Siapa sebenar golongan takfiri dan ghuluw?” tanya beliau.
Menurutnya, golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak bergaduh tidak mahu bersatu kerana dendam kesumat yang mendalam. 
Kata beliau lagi, golongan terbabit memiliki pemikiran yang berbahaya kepada negara, dan PAS tidak akan terikut-ikut dengan cara mereka beremosi sehingga mahu mengambil pendekatan ala revolusi bagi merampas pemerintahan negara. (IH/MYNEWSHUB.CC)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

4 comments:

Anonymous said...

tapi bila dap ckp x campur tgn soal fatwa...uisshhhh percaya terus...kah kah kah

Anonymous said...

penyokong pas putar alam

Lelakidicermin said...

Ta alif ngong punya naib presiden. Kita tak pandang dr satu sudut lah ngok..atau kesah skg.. byk peristiwa seblm umno mengenakan pas..kalau bdk2 darjah tahu boleh faham..kenapa skg cium mulut.. dulu tak.. takkan pak lebai tak faham..

Anonymous said...

Parti lebai penunggang agama menipu org melayu dulu, kini dan selamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails