Wednesday, February 08, 2017

Bantah 'bikini photography contest' 19 Februari Ini.. -PAS Sedia Dialog



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) membantah sekeras-kerasnya penganjuran program Supermodel International Malaysia 2017 - Bikini Photography Contest (BPC) yang bakal berlangsung pada 19 Februari ini di Bangi.

"DPPKS menyifatkan program BPC ini jelas bercanggah dengan nilai hidup majoriti penduduk Melayu Islam di Bangi, yang digelar Bangi Bandar Ilmu, di samping tidak membawa sebarang faedah terhadap masyarakat setempat," ujar ketuanya, Rosli Jusoh dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPKS menyeru semua pihak berautoriti untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang program BPC ini, khususnya di pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, mengikut segala akta dan garis panduan yang berkaitan.

Tambahnya, DPPKS turut menyeru semua NGO Islam, jaringan masjid dan surau, gerakan mahasiswa serta persatuan belia di Selangor dan sekitar Bangi untuk menyatakan bantahan secara kolektif bagi menghalang pengajuran program yang tidak bermanfaat itu.

DPPKS, kata beliau berbesar hati menyatakan kesediaan berjumpa dengan pihak penganjur dalam masa terdekat untuk berdialog bagi mencari penyelesaian terbaik untuk semua. - HARAKAHDAILY 7/2/2017

11 comments:

Unknown said...

Kalau bab 'BIKINI' Pas tersangat ambil berat.
Adakah ini sahaja yang PAS mampu buat dalam bab
HALAL HARAM ISLAM............????
Bab mencuri duit rakyat berbillion masuk akaun pribadi
PM dan meninggalkan hutang beratus billion untuk rakyat
tanggong, senyap membisu.
ISLAM apa yang PAS ANUTI.............??????

Anonymous said...

Ambil yang ada kepentingan jer... Perlu fahan PAS adalah parti politik dulu! Apa2pun dipolitikkan.

Dulu kata lawab UMNO/BN tu jihat... sekarang sudah jadi 'jilat'

Unknown said...

Betoi, hak lagu ni laju sungoh dema bantah. Bukan salah tapi betoi la kena bantah. Tapi ikut keutamaan la. Bantah dulu benda2 yg dok bagi rakyat susah ni. Jgn khianat pengundi. Dah lantik jadi wakil tu buat la kerja.
Masa mai kempen pilihan raya dulu haram hampa tak sebut benda2 ni. Yg hampa sebut kena buang pemimpin zalim, barang murah, hidup senang diberkati Allah. Bila dapat kuasa melelong hampa kona merata.

Anonymous said...

Tengok isu lah..sekarang isu bikini..PAS Lawan lah...kan sebelum ini isu 1MDB pun PAS Lawan..ada ke PAS sokong 1MDB??..minyak naik pun PAS tak setuju....banyak bukti dlm Youtube..kalau dah KHADAM DAP tu memang tetap khadam...dok nyondol je memfitnah org..sebagai rakyat,kami dah faham perangai pembangkang..lebih2 lagi PAN....tak boleh diharap utk mempertahankan melayu islam...dengan DAP pun takut..xcaya tengoklah..bnyak bukti yg akan dtg lagi..lagi dan lagi...

Unknown said...

Hmmm.. lawan la sangat. Dalam parlimen senyap sunyi tak berkutik. Dalam youtube berlambak. Nak bangkit bangkang pon berat pungkoq. Bila tegoq PAS sikit kira dok kata orang khadam DAP. Apa la punya tak cerdik. Hampa sedaq dak ahli parlimen tu "khadam" sapa? Klau dah khadam tu buat la kerja. Ni khadam dok saja makan gaji buta sebab tu la politik tak habih2 tapi duit negara orang songlap berpuluh juta. Dah hidop senang sangat dah kot sampai tak reti tengok dah kiri kanan?

Anonymous said...

Habis yg dok terpekik terlolong dlm parlimen..siap boikot keluar parlimen tu dapat ke turunkan harga minyak??dpt ke bantu kesusahan rakyat mcm kita ni...lagi xdpt apa...diorg buat camtu utk dpt simpati rakyat..berlakon je. Esok masuk surat kabar muka depan...yg dok percaya teknik politik PH ni lagi bod_ _. Tengok kiri kanan pakai kepala lutut..bukan tengok dgn mata..itu namanya politik terlebih2...wayang semua tu..rakyat pilih utk masuk parlimen..bukan utk keluar parlimen. Pastu angkat plakad...esok masuk paper...kalau dah BARUA DAP tu MEMANG KHADAM..xleh nk cakap apa dah..

Anonymous said...

KHADAM memang cari salah PAS..diorg lebih rela serang PAS dari UMNO..PAN itu KHADAM...

Anonymous said...

YG DOK MAKI HAMUN DALAM PARLIMEN TU BUKAN CARA POLITIK ISLAM...ORG PAN MEMANG SUKA WAKIL RAKYAT DIORG BISING DLM PARLIMEN...BARU HARGA MINYAK BOLEH TURUN, BARU GST XDA..BARU RAKYAT SENANG.....

Anonymous said...

Bila dok tegok PAN sikit dah melenting...sebab tengok kiri kanan lah kita kene kembali kepada islam...sokong islam...tunjukkan mana satu parti yg memperjuangkan islam dalam malaysia dari dulu sampai sekarang selain dari PAS...kaau rasa diri tu baguih..join PAS utk islam...bukan menentang...

Anonymous said...

PAN ni dok kondem PAS tanpa bukti..takde fakta....bila fakta mengatakan DAP hina islam, dia balas balik PAS makan dedak 90juta, dlm parlimen xbangun...UG ngn UMNO..tapi semua tu peluru sesat woiiii, guna lah mata..jgn pandang kiri kanan dengan perut.kah kah kah kah...PAN itu Khadam

Unknown said...

Dok senyap sengeh2 tu kira membantu sangat la dalam penambahbaikan taraf hidup rakyat? Bila kluar parlimen baru nak cakap kata tak sokong. Dalam parlimen haram tak mau bangkang? Kalau macam tu tak payah jadi ahli parlimen la. Kat luar parlimen bukan main ceramah berapi2. Kat dalam parlimen senyap sunyi. Tak wayang ka? Tak mau publisiti ka? Cakap macam orang semua bo_oh macam hang. Kalau cakap dalam parlimen terpekik terlolong pon lantak pi janji dalam parlimen kena tegas bangkang benda tak betoi. Menang kalah blakang kira. Dalam parlimen la kena cakap. Bukannya stakat brani cakap masa ceramah tengah padang.
Senang2 bg la orang lain masuk parlimen. Yg dok sengeh2 tu pi ceramah sudah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails