Wednesday, February 10, 2016

Adun PAS Mohon Maaf Pakai Kostum Dewa Cina

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman (PAS) telah mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seperti seorang Maharaja Cina.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari organisasi berita PAS Harakahdaily, Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.

"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai 'mengecewakan'.

"Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam," katanya.

Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham. (mStar)

7 comments:

Anonymous said...

tak tau tanya-sudah kena tipu-maharaja konon--memalukan--nak tarik undi bukan begitu caranya-- parti anda berlutut dengan umno melukakan masyarakat cina--20 tahun lagi belum tentu cina menyokong pas--bila nak lemas ketul taik pun,,,,bertaubat dan mengucap semula

Anonymous said...

Jaga solat, kurang kurang 9 kali kita ngucap Syahadah, lima kali kita taubat. Lain lain tu pelan pelan belajar.

Unknown said...

Inilah perangai pascai. Ketika kuat mengasak dap, kalut pula meraih sokongan dan simpati hingga menyerlah kebodohan diri.

Unknown said...

Tuan punya badan pun dah serahkan pd MSU..kalau benar2 salah dia rela mintak maaf malah bertaubat..apa yg nak disebarkan lagi..

Kes di atas sama dgn kes nizar pegang lilin dulu..beliau dah mengaku salah dan minta maaf..x de pun PAS nak pjgkan lagi..

Tapi bagaimanapun saya faham kenapa PAN mesti pjgkan lagi perkara kni..sebabnya setiap ceramah PAN di seluruh negara sambutan amatlah suram..jadi mungkin inilah masanya utk tarik sokongan..tapi ini melibatkan kaum cina juga..beranikah PAN berlebih2an utk pjgkan isu ini??..kalau berani silakanlah..

Anonymous said...

Tahun depan lebai2 walaun boleh pakai Dewa Untong, Kavadi & Santa C... pakai sami pin tak apa asalkan fuckwa Dewan/Dewa Ularmak..

Anonymous said...

Hudud mana hududdd??

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Kalau dari lge (Lim Guan Eng) semua baik. - Geng JJlge.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails