Lim Guan Eng Beli Pemandu Teksi Pulau Pinang Dengan Harga RM300
AIDCNews- 06/2/16 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat membeli pemandu-pemandu teksi Pulau Pinang dengan harga RM300 untuk jangka masa satu penggal (5 tahun). Namun begitu, wang sebanyak RM300 itu hanya diberi kepada pemandu-pemandu teksi yang mendengar ceramah beliau sahaja.
Pemberian RM300 kepada tuan-tuan semua adalah tidak ikhlas daripada kerajaan negeri. Sebab apa ? (hanya) sesiapa yang dengar Guan Eng bercakap sahaja yang akan dapat RM300.
“Sesiapa yang tak dengar Guan Eng bercakap tak dapat RM300. Ini adalah proses pemaksaan. Pemaksaan orang Pulau Pinang untuk dengar Guan Eng bercakap dan dibayar dengan harga RM300,” kata pemandu teksi yang memberi penerangan kepada rakan-rakannya yang lain.
Salah seorang rakan pemandu lain mencelah sesiapa yang masih tidak dapat duit RM300 pada Khamis, masih berpeluang mendapat duit tersebut, tetapi haruslah menelefon pegawai yang kerajaan negeri untuk membuat pengesahan.
“Nombor telefon ini, bercakap dengan orang ini, (bertanya) keputusan untuk mendapat RM300, sama ada akan dibuat sekali lagi ataupun tidak ada.
“Bagi saya senang sahaja, kita pemandu teksi, kita ada maruah. Kita boleh dapat lebih daripada RM300 yang Lim Guan Eng bayar.
“Kita bukan hamba dia, tadi saya dah bagitahu, kami bukan pengemis, kami dijemput. Nak bagi (duit) bagi. Tak mahu bagi (duit) sudah. Habis cerita,” kata pemandu teksi itu.
No comments:
Post a Comment