Wednesday, February 10, 2016

Benarkah Pakaian ADUN Paya Jaras Itu, Merujuk Dewa Kekayaan? -Dr Mohd Zuhdi Marzuki


Sehari dua ini ada pihak tertentu secara melulu menyimpulkan pakaian yang dipakai oleh YB Mohd Khairuddin Othman, ADUN Paya Jaras, sebagai merujuk kepada Dewa Kekayaan kaum Cina khususnya penganut Taoism.
Ada media yang mengaitkannya dengan dewa Cao Guo Jiu, salah seorang dewa yang dipuja dalam ajaran Taoism.
Seharusnya isu pakaian ini, sama ada merujuk kepada sesiapa, diserahkan kepada pakar kebudayaan dan kepercayaan kaum Cina, bukannya dieksploitasi oleh mana-mana pihak berkepentingan politik.
Pada pandangan saya pakaian YB Khairuddin Othman tu tidak jelas merujuk kepada sesiapa. Kalau pakaian tu merujuk kepada dewa kekayaan (gambar sebelah), maka setakat pengetahuan saya dewa kaum Cina itu bernama Zhao Gong Ming bukannya Cao Guo Jiu.
Biasanya imej yang ditonjolkan bagi dewa kaum Cina ini berada di atas seekor harimau dan akan ada tongkat sakti dan karung emas yang dipegang.
Tidak kelihatan seperti dalam gambar YB Khairuddin yang disebarkan membawa imej seperti itu.
Kalau merujuk kepada dewa penganut Taoism yang bernama Cao Guo Jiu, biasanya topi penganut Taoisme tidak seperti bentuk yang dipakai oleh YB Khairuddin ini dan lazimnya penganut Taoisme mengenakan topi berwarna hitam.
Boleh jadi gaya pakaian YB Khairuddin itu tidak merujuk kepada sesiapa, tetapi merujuk kepada watak seseorang lelaki yang berkuasa dan kaya.
Dalam Opera Cina, sekiranya ada watak lelaki bermisai dan berjanggut panjang sehingga menutup mulut, ia adalah merujuk kepada seseorang yang berkuasa dan kaya.
Sebagai sebuah parti Islam, PAS sentiasa peka memastikan amalan-amalan pimpinan dan ahlinya tidak tergelincir dari pegangan Islam yang sebenar. Sekiranya ada isu-isu berbangkit seperti isu pakaian ini, Majlis Syura Ulama (MSU) dan Dewan Ulama PAS pastinya akan bertindak menegur dan memperbetulkan pimpinan dan ahli PAS, selain menyediakan garis panduan dalam berinteraksi dengan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.
Tidak wajar ada mana-mana pihak bertindak gopoh mengeksploitasi isu ini demi kepentingan millage politik mereka.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki

18 comments:

bunbinban said...

Kahkahkah...kalau dah walaun2 setuju korang geng ulamak terus pakai buat uniform dewa ulamak eh dewan ulamak...kahkahkah..cuba yg pakai tu khalid samad..dah kapir dah kot khalid samad tu...

Anonymous said...

Tak kira apapun jenis dewa yg oknya suruh tuang presideng bersama2 walaunta pakai sut ni sebagai uniform unit amal

Anonymous said...

Persoalannya..perlu ke pakai baju dewa org cina tuuu..?

Kit siang pun tk sampai mcm tu nak bodek undi org2 cina.

Ini contoh org yg terdesak dari parti penjual agama.

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Dewan ulama pas dan pengarah penyelidikan pas sedang mencari dalil utk justify tindakan adun paya jaras. Tindakan dewan ulama pas memaafkan tindakan adun tersebut sama seperti paderi kristisn yg boleh mengampunkan dosa penganutnya. Antara sbb berkakunya zaman rainasance di eropah pada zaman dahulu kerana msykt menyampaj dgn institusi gereja yg menyalahgunakan kuasa spt mengampunkan dosa org yg berbuat kesalahan. Jangan pengundi islam menyampah dgn pas disebabkan perkara spt ini

Anonymous said...

setuju!!!!!

memandangkan orang besar PAS pun dah approved

kita jadikan pakaian tersebut UNIFORM RASMI UNIT AMAL

atau

kalau nak justify dgn pencerahan Dr Marzuki ni

minta HAdi Awang dan Haron Din pakai sewaktu mesyuarat

baru ngam ho



Anonymous said...

Walaun yg hipokrit.. sekiranya kesilapan tu dibuat oleh adun/mp amanah.. terus disebut liberal..jatuh kafir.. siap disokong oleh mufti beberapa kerajaan negeri

Anonymous said...

Dr Zuhdi,jgn nak bodohkan org pula. Watak itu memang watak dewa. Siapa dewa itu, kita minta pakar Cina yg tentukan.

Anonymous said...

Kah kah kah Pelawak mula keluar fatwa fatwa untuk kasi halal. ha ha
Lebai dah adjust.....
Akhirnya kepimpinan Pas, Ahli Pas dan Penyokong Pas semakin hanyut dan karut
menjadi pelawak

Selamat Tinggal Pas dan Barisan Kepimpinan Cai nya
Lagi lama nanti pasti dijebon dan dibarua kan

Pas meroyan kerana semakin Lemah

Anonymous said...

kalau yb pas buat semua betulllllllllllllllll!

Anonymous said...

Dah sama bengang/bengong macam UMNO

Unknown said...

Zaman pascai sudah habis. Ramai yg sudah meluat dgn pimpinan baru cai ini. Dulu didokong dan di sokong kerana aura remormasi. Sekarang tunggu masa unt dikambus

Unknown said...

Zaman pascai sudah habis. Ramai yg sudah meluat dgn pimpinan baru cai ini. Dulu didokong dan di sokong kerana aura remormasi. Sekarang tunggu masa unt dikambus

Unknown said...

Tuan punya badan pun dah serahkan pd MSU..kalau benar2 salah dia rela mintak maaf malah bertaubat..apa yg nak disebarkan lagi..

Kes di atas sama dgn kes nizar pegang lilin dulu..beliau dah mengaku salah dan minta maaf..x de pun PAS nak pjgkan lagi..

Tapi bagaimanapun saya faham kenapa PAN mesti pjgkan lagi perkara kni..sebabnya setiap ceramah PAN di seluruh negara sambutan amatlah suram..jadi mungkin inilah masanya utk tarik sokongan..tapi ini melibatkan kaum cina juga..beranikah PAN berlebih2an utk pjgkan isu ini??..kalau berani silakanlah..

Anonymous said...

Mana baik Mat Sabun dengan amoi cina berbanding ADUN Pas pakai baju kebudayaan Cina? Parti mana yg sesat? PAN X perkauman tapi bersama amoi. PAS mempertahankan kebudayaan Cina yg X bertentangan dgn Islam. Memang penduduk asal China ramai beragama Islam.

Tak sesatkah parti yg presidennya bersama amoi dan hampir berpeluk, dan pernah ditangkap khalwaat dengan isteri kawan sendiri?

Orang islam yg siuman dapat memikirnya.

Ini jawapan kepada geng JJlge.

Anonymous said...

mangkok ni boleh plak kerja kat UM.. mulot ciritbirit .. najis bersepah bila bukak mulot bersendondon dgn umno..habis keroh air pas seperigi ..ikan tak dapat sejak mangkok berdahi hitam macam syiah dilantik "penyelidikan' untuk hancorkan Pas dari dalam ..

Anonymous said...

anon 5.49

jilat walaunta ...jangan tak jilat

dewa tu sembahan kaum kafir, yang kau pergi promosi kefasikan tu buat apa?
mcm kau setuju jer bahawa berpakaian dewa tu sesuatu yang bole dibenarkan
mana letaknya Allah kau waktu tu?

Jangan sebab kau walaunta, semua kau benarkan walaupun fasik
bila kau bandingkan berpeluk dengan amoi dan kes tangkap khalwat,
macam kau ni kontang idea
tak boleh beza maksiat dan akidah


takper
sebelum PAS nak nasihatkan UMNO
minta mereka nasihatkan kau dlm kes ni


agak2 kau, time depavali, ADUN Paya JAras ni sanggup tak pakai kostum macam dewa hindu pulak?



wakakakakkakakakakakkakakakak


aku tunggu

Anonymous said...

Allah maha baik perancangannya... Pas kutuk amanah...pas caci amanah... Pas lebelkan yg tk elok jee pd amanah.... Tp selama pemimpin amanah ada bersama pas..... Semua baik.... bila kluar jee dari kumpulan pas ...pas kata semua jahat...tk bleh di percayaei..... Allah maha adil....seorang seorang pemimpin pas akan di malukan.....payajaras akan di kenang sebagai pemimpin dewa beri kekayaan.....

Anonymous said...

pusing2 .. PAs juga maksum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails