Saturday, February 13, 2016

Sekolah Tetap Guna Novel 'lucah' Kontroversi Ini..

Khairil menunjukkan novel Pantai Kasih pada sidang akhbar di Putrajaya semalam

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan memutuskan novel kontroversi Pantai Kasih karya Azmah Nordin akan terus digunakan sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) tingkatan empat di Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu walaupun ia mencetuskan kemarahan ibu bapa kerana didakwa berunsur lucah.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar), Datuk Seri Khairil Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas ahli mesyuarat profesional Kementerian Pendidikan pada 28 Januari lalu mendapati novel itu mempunyai elemen kebolehajaran dari aspek keindahan bahasa, kosa kata dan tata bahasa.
Beliau berkata, novel tersebut menggunakan istilah sains yang tidak dinyatakan secara eksplisit sebaliknya diungkap dalam gaya penulisan sastera yang mengan­dungi banyak kiasan dan perlembagaan.
“Dalam hal ini, guru harus memainkan peranan penting dan kreatif untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara aras tinggi dengan menggalakkan murid menggunakan pelbagai strategi pembelajaran seperti penyelesaian masalah, inkuiri dan kaedah pemikiran konvergen dan divergen,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum ini, novel Pantai Kasih yang dijadikan teks Komsas tingkatan empat menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan kemarahan ibu bapa dan orang ramai kerana didakwa mengan­dungi unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif.
Beginilah remaja Malaysia yang sedang dibentuk oleh pemerintah UMNO/BN.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara UMNO/BN didik rakyat Malaysia, yang akan meruntuhkan moral dan pembangunan rohani remaja negara ini. Bolehkah pembangunan begini melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah SWT dan insan bermoral menurut agama masing-masing? Sejak merdeka, remaja Malaysia tidak dididik dan dibawa menurut jalan yang lurus dan betul, maka inilah hasilnya, mesyarakat sekarang!  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails