Friday, February 12, 2016

Mat Sabu Berdepan Notis Muflis Kalah Saman Fitnah SPR

MASIH belum habis lagi  kisah drama Presiden Parti Amanah Nasional (PAN), Mohamad Sabu yang mencampakkan pembesar suara ke arah poster Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Video aksinya itu menjadi viral menerusi media sosial sehingga ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat Sabu – panggilan mesra juga disebut Bang Mat, nampak begitu tertekan sangat kebelakangan ini.
Entah kebetulan atau tidak, rupa-rupanya bekas orang ‘Nombor dua’ PAS itu kini berdepan dengan tuntutan muflis selepas dilaporkan gagal membayar hutang untu satu kes saman fitnah.
Ia sebenarnya melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, lapor portal tempatan, AgendaDaily.
wan
Menurut cerita peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan, notis kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.
Berikutan itu, beliau terpaksa memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu, untuk mendapatkan sebanyak RM200,000 yang diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos ini sebutan kes tersebut. Terdahulu Mahkamah Tinggi pada 20 Mac 2014 memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi.
Ia berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana didapati bersalah memfitnah mantan orang Nombor Dua SPR itu berhubung isu ‘Projek IC‘ di Sabah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad dan Mustafa selaku defendan.
Pihak mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan tersebut untuk membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam akhbar organ PAS iaitu Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013.
Ia hasil menerusi temu ramah pada 29 Januari 2013 dengan artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ .
Dalam penyataan tuntutan, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah. – Agensi

12 comments:

Anonymous said...

Suruh Wan Ahmad bersumpah laaa..
Mesti tak berani punya...

Anonymous said...

Ramai yang masih lagi terkejut bila Si Mat Sabu tu mengambil tindakan membaling mikrofon sewaktu menyampaikan ucapan baru - baru ini. Kenapa sampai tahap itu Si Mat Sabu tu bertindak?

Ada yang kata, Si Mat Sabu tu mengambil tindakan sedemikian sebab dia dah rasa terlalu geram, marah, meluat, menyampah dan pelbagai rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

APA yg berlaku?
Mat Sabu kena bayaq saman!!!

Anonymous said...

Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan


SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.

PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.

Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.

Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.

Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.

Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.

Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:

1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama

Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.

KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.

Anonymous said...

BALING MIKROFON, MAT SABU KECEWA HASUTAN TAK MENCUKUPI!!!

Hahaha!!! Nampak gayanya Si Mat Sabu tu tak puas hati lagi bila hasutan yang disebarkan oleh Pakatan Haprak tu agar membenci Kerajaan masih lagi tidak mendatangkan sebarang kesan kepada rakyat.

Kemuncak kepada rasa tak puas hati Si Mat Sabu tu boleh dilihat dalam ucapan yang disampaikan semalam apabila dia bertindak secara beremosi dan mencampakkan mikrofon ketika sedang berucap.

Dari ucapan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu memperlihatkan yang dia cukup kecewa kerana usaha mereka untuk menghasut rakyat selama hari ini masih tidak mendatangkan sebarang kesan.

Sebaliknya, Si Mat Sabu tu kata rakyat Malaysia ni masih BODOH dan Penakut kerana tidak mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh rakyat di Filipina, Indonesia atau di Burma.
"Kami lemah kenapa kita tidak mengikut arus rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia, Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Ya paling lama kita berkumpul 24 jam di Kuala Lumpur tiga hari," katanya.
Hakikatnya, Transformasi yang dilakukan oleh rakyat di Negara - Negara yang disebut oleh Si Mat Sabu tu berdasarkan kepada Kebenaran. Bukannya bergantung kepada dakyah pembohongan.

Persoalannya, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu di Malaysia? Adakah mereka benar - benar ikhlas nak memperjuangkan hak rakyat ATAU sekadar berjuang untuk seorang Peliwat?

Berapa ramai dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu yang dah kantoi menabur fitnah terhadap pihak Kerajaan? Itu yang Si Mat Sabu tu nak mendabik dada kata diorang ni pejuang rakyat?

Realitinya Si Mat Sabu tu perlu sedar. Pencacai Pakatan Haprak di Malaysia ni bukan macam dia yang dapat duit bantuan kewangan yang lumayan daripada puak - puak DAPigs tu setiap bulan.

Diorang perlu juga bekerja untuk sara anak bini dan keluarga. Nak mengharapkan pemimpin Pakatan Haprak tu bantu, jangan mimpi la sebab pemimpin tu sendiri pun dok sibuk fikirkan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!!

Anonymous said...

Tanpa mengira fahaman politik kita mesti akur yg DAP memusuhi orang Islam berketurunan Melayu di Malaysia

Yg peliknya walaupun DAP anti Islam tapi PAN Imayam masih mahu menjadi talibarut DAP. Itu yg mereka sanggup baling mikrofon tu.


http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

sekarang sudah nyata dan terbukti Bloger Ibn Hasyim hampir menyamai bloger Oamk kau .tunggu hanya Paste sahaj komen orang dan yang yang telah lepas.tungguuuuu ibn Hsyim ,maruah diri dan nilai diri .akan terhumban dalam janban.beginilah sikap oarng Melayu yang tak terasa langsuyung akan kezaliman yang di lakuklaj oleh pemrintah BN ,begitulah rasa sedid mat sabu kepada orang melayu dan kini dijangkit pada Melayu Pas .otak ulamak dah hampir sama dengan otak melayu Umno.Apa yang peminpin buat semua ya.pegi mamapus semua.semuanay dah jadi sial,

Anonymous said...

Wahai PAN, DAP mahu orang Islam diberi Hak Murtad tapi PAN Senyap. PAN adalah talibarut DAP yg Anti Islam

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

Wahai talibarut Dari kao maki hamun kat sini baik kao ambil wudhu bawa bertenang.

Unknown said...

Walaupun saya PAS yg anti PAN, saya amat bersimpati bila disaman oleh org yg mmg dah sah pun x boleh pakai mcm SPR nih..

Unknown said...

Walaupun saya PAS yg anti PAN, saya amat bersimpati bila disaman oleh org yg mmg dah sah pun x boleh pakai mcm SPR nih..

Anonymous said...

PAS apo kebendonya tonton film blue. Ketagih sangat ka.
Dlm dok berketayap beserban pun boleh hanyit...
masya Allah...
PAS PIS PUS lahhhh.

Unknown said...

Syukurlah PAS sejak dulu dan zaman reformasi x pernah terjebak dgn amalan fitnah.. Terutama mcm pengomen di atas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails