Wednesday, February 10, 2016

Pastikan Lim Guan Eng Berkuasa Mutlak. -Movie Terbaru DAP.


DAP pusat sedang menyusun move terbaharu untuk memastikan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng kekal berkuasa sebagai kuasa paling mutlak dalam parti itu.
Dua hari lepas, jawatankuasa tatatertib DAP pusat menggantung keahlian Ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San selama setahun.
Sim melahirkan rasa kecewa dengan penggantungan itu yang disifatkan sebagai terlalu cepat kerana ia dilakukan hanya dua hari sebelum tahun Baru Cina.
“Kadang-kadang, kami tidak menghadapi halangan dari luar, tetapi dari dalam.
“Saya tidak akan merayu dan saya hanya akan membuat kenyataan rasmi apabila saya mendapat surat rasmi penggantungan saya,”katanya.
Tindakan disiplin DAP pusat terhadap Sim dan Goh seperti mengulangi episod pembersihan kumpulan tidak sehaluan dengan Lim sepertimana yang berlaku kepada ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau.
Pengaruh Dr Boo sebagai Pengerusi DAP Johor dilumpuhkan melalui tiga fasa.
Fasal pertama, DAP pusat melakukan penyeludupan tokoh luar, terutamanya Liew Chin Tong bertanding di Johor pada PRU 2013.
Dikuti fasal kedua, Liew menawarkan diri bertanding dalam pemilihan DAP negeri. Meskipun Dr Boo masih menang dalam dalam 15 Ahli Jawatankuasa DAP negeri, namun Liew dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor yang baharu
Dan fasal ketiga, Dr Boo ditamatkan karier politiknya di Johor apabila beliau dikeluarkan daripada senarai 15 AJK DAP negeri pada pemilihan seterusnya.
Goh dan Sim di Melaka baharu memasuki fasal kedua, iaitu Goh dikeluarkan sebagai Pengerusi DAP Melaka meskipun masih memenangi 15 AJK DAP negeri.
Tindakan menggantung keahlian selama setahun terhadap Goh dan Sim akan memudahkan penyingkiran fasal selanjutnya untuk menyingkirkan mereka daripada arena politik Melaka.
Goh, Sim dan Dr Boo adalah satu kumpulan yang perlu dibersihkan dalam kepimpinan DAP negeri kerana mereka dianggap tidak sehaluan dengan kepimpinan DAP pusat.
The Star, 1 Januari melaporkan Dr Boo secara terbuka meminta bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez menyertai semula parti itu.
“Saya berharap pemimpin-pemimpin yang telah meninggalkan DAP akan kembali. DAP bukan milik Norman atau bapa saya!, “kata Dr Boo dalam majlis makan malam di Johor Baru.
Mereka yang menghadiri majlis makan malam itu bersorak apabila Dr Boo membuat kenyataan seperti itu kerana slogan ‘bukan milik bapa kamu’ merupakan sloganh popular dalam masyarakat Cina yang merujuk kenyataan yang pernah dibuat oleh Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, yang turut hadir pada majlis itu turut mengulangi slogan popular itu.
“Saya ingin mengingatkan bahawa DAP bukan milik bapa kamu, dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda suka. Tidak ada perkara seperti itu.
“DAP bukan milik bapa sesiapapun. DAP adalah milik kita semua,” katanya.
Majlis makan malam di atas adalah salah satu daripada program yang diadakan yang dianggap melawan arus DAP pusat.
Sebelum ini, DAP Johor mengeluarkan kenyataan menuduh program seumpama itu sebagai bukan mewakili parti.
Menurut Sin Chew Daily, selain Dr Boo dan Sim, beberapa tokoh DAP lain turut menghadirinya, iaitu Teng Chang Kim (ADUN Sungai Pinang, Selangor) Ng Swee Lin (ADUN Sekichan, Selangor) dan Goh Leong San (ADUN Duyong, Melaka).


booDari kiri; Goh Leong San (bekas Pengerusi DAP Melaka), Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi DAP Johor), Kerk Kim Hock (bekas Setiausaha Agung DAP) dan Sim Tong Him (bekas Pengerusi DAP Melaka)

Tindakan DAP pusat terhadap Sim dan Goh juga turut mengesahkan Lim Guan Eng adalah dalang yang mengalahkan Kerk Kim Hock di Parlimen Kota Melaka pada PRU 2004.
The Star pada 1 April 2004 melaporkan kenyataan Kerk yang menuduh penyokong Lim Guan Eng telah berkempen menentang beliau dalam PRU tersebut.
Kekalahan Kerk di Parlimen Kota Melaka kepada calon MCA yang kurang menonjol Wong Nai Chee adalah suatu keajaiban selepas DAP menguasai parlimen itu sejak 35 tahun yang lalu.
Kerk, yang meletak jawatan sebagai setiausaha agung DAP ekoran kekalahan dalam PRU itu, berkata: “Ia adalah penyokong Guan Eng yang berkempen terhadap saya.”
Beliau berkata mereka telah menolak untuk memasang poster semasa pilihan raya.
Kerk berkata beberapa puak daripada parti telah menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa beliau tidak berkhidmat kawasan itu.
Ahli-ahli parti dan penyokong yang sejajar dengan pengerusi negeri Melaka Sim Tong Him ketika itu melahirkan rasa kecewa apabila Kerk tidak menamakan puak mana yang didakwa bertanggungjawab melakuakn perbuatan sabotaj itu.
The Star melaporkan puak lain itu diketuai oleh Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, yang memenangi kerusi DUN Kota Laksamana.
Selepas Kerk meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP, pada bulan Mei 2004, Guan Eng jtelah dilantik DAP pusat untuk mengambil alih jawatan tersebut.
Guan Eng yang kini sudah memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 12 tahun, mungkin tidak akan melepaskan jawatan itu sampai ke akhir hayat. (AIDCNews)

7 comments:

thugluv894 said...

oneazhar: selamat pagi semua...nak buat duit tanpa modal..cuma klik pada link disini http://YouthToEarn.com/?ref=200943

Anonymous said...

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

yea yea aku paham... pas je yg perfect.

Anonymous said...

pe hal kene mengene ngan PAS lak..ko sakit ko

Anonymous said...

dap makin ke depan. pas ke belakang

bat8 said...

Tuan Haji

Nak buat cerita bohong apa pulak? Jangan m3ngata orang kerana nak tudung apa yang be4laku dalam PAS. HH yang be4kuasa mutlak sebenarnya dalam PAS. Berkuasa mutlak m3ngikut keh3ndak hati dan membakulsampahkan pe4lembagaan parti s3ndiri.

Ini dah menabur dan mereka fitnah yang dah wujud...

Anonymous said...

Kesian geng Jilat Jubok lge. Sanggup lihat DAP kedepan dlm memusnahkan Islam. Org komunis pun cinta kepada agama kominisnya. Orang Islam tradisi sanggup X sokong pemimpin agamanya sendiri. Manusia jenis Islam ape begini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails