Thursday, February 11, 2016

Hidup! Lakonan Mat Sabu Mengamuk Campak Mikrofon..






KL: "Memang hidup, lakonan Mat Sabu itu! Hebat.." Kata seorang penyokong parti Amanah, yang ditemui di Pasar Malam KL sebentar tadi.
Dia memuji perbuatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mencampak mikrofon di hadapan khalayak ramai dengan kasar selepas menyampaikan ucapan di Himpunan Bebaskan Anwar malam Selasa seolah-olah membuktikan nilai-nilai agresif pemimpin pembangkang negara ini dalam berpolitik.
Namun ada juga yang mengeecam tindakan beliau itu, ramai pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan berkenaan membayangkan mentaliti tidak bermoral pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa.
Laman Facebook PAN yang menyiarkan rakaman video Mat Sabu mencampak mikrofon bagaimanapun mendakwa presiden parti itu berbuat demikian bagi melahirkan rasa marah dan mengajak rakyat Malaysia bangun melawan Barisan Nasional (BN).
“Usia sudah 60 tahun tetapi rakyat Malaysia belum lagi berubah. Ayuh adakah kita seorang pejuang atau hanya slogan mahu menyedapkan hati saudara kita (Anwar Ibrahim),” kata Mat Sabu lalu mencampakkan mikrofon kepada gambar Anwar di belakangnnya.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.
Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk… di kawasan kami nanti INSYAALLAH Mat Sabun tak akan di jemput….”
Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim berkata:“Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah audience…memang biol kena”
Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN.
Namun, pada pandangan weblog ini lakonannya mengamuk campak mikrofon itu memang hidup, apalagi bila dia seorang pemidato yang hebat. (IH)


23 comments:

Anonymous said...

Aq sokong abg mat.... Aq kenal abg mat....mula mula aq dengar ceramah abg mat di kampong seri kundang....dkt tasik biru kundang dia dgn mahfuz.mereka hebat.... Tp pas tk dpt menilai kebaikkan mereka berpuloh puloh thn betceramah...berjuang bt rakyat semua.... Pas dh lupa sejarah.... Sanggup nk berbaik dgn umno.... Umno dh sepak dh tetajang dh pijak pas....ada ahli pas di bunoh oleh umno/ bn.... Ada pemimpin pas di tembak oleh kerajaan BN kerna nk kuasa....nk cipta aunar utk terus berkuasa...tp pas tk ingat...pas cepat lupa.... Pemimpin pas sedang khayal dgn angan angan nk nasihatkan umno.

Anonymous said...

Pascai.. sesat dan menyesatkan..

Anonymous said...

Mat Sabu berlakon kepala hotak hang berjambul. Bengongnya anu/ibnu hashim mabok kueh bakol raya cina sampai buat gila tak kenal jasa mat sabu puluhan tahun dlam pas. Puluhkali masuk mahkamah, ditahan polis bukan kerana sebar cerita gairah untuk naik 'anu.
Jangan banding dengan lebai ' pay per view".

Jangan banding pelakon /pelawak terbaek 2016 ..YB Khairuddin Othman yg pakai kostum Dewa Untong yg telah disahkan oleh Dewa@Dewan Olamak.

Jangan lupa lebai2 Pascai berlakon jadi Santa C., Kavadi, & Ibnu Hashim boleh berlakon jadi Sami Mekong buka kain tunjuk kepala bawah yg botak.

Anonymous said...

Nama je ibnu tp pikir yg buruk je kt org lain. Aku sokoñg abg mat. Itu adalah simbolik supaya rakyat lebih bersemangat walaupon seorg bapuk mcm ibnu ni. Abg mat masuk kuar tahanan ni dh biasa tk mcm org sebelah, kecut. Ckp je besar. Pirah!!!!

Anonymous said...

Abang Mat ni memang muka tak malu dok lawan united monkey national organization dari muda sampai ke tua. Hingga kan ibnu hashim pun naik bengong macam berok kerana abang mat ni hantam umno kaw kaw. Kesian ibnu hashim dah kena sawan berok dari U M N O ooooooooooooooooooooooo

Anonymous said...

MENYAMPAHHHH la aku tengok lakonan Mat Sabu mengamuk campak mikrofon. Silap Mat Sabu tak campak mikrofon tu kat kepala hotak@ kepala atas & kepala bawah IBNU HASHIM & lepas tu anu hashim minta fuckwa dari lebai2 serban besar supaya Mat Sabu dihukom hudud & shiah.

Unknown said...

Kalau sehebat mana pun perjuangan sejak muda tapi bila diakhiri dgn jadi macai DAP tak guna sesen pun..

mansor said...

lebih baik Mat Sabu berbaNDING DENGAN yb pas BERPAKAIAN DEWA CINA UNTUK RAIH UNDI...TANPA KIRA AQIDAH....DAN PAS KATA OK ...KESILAPANNNNNNNNNNNNNNNNN...HIHIHIHI

Anonymous said...

Sebenarnya pas yg jd macai cina. Pakai kostum dewa kekayaan cina. Klu nk kaya msok umno la. Tk pyh pkai kostum dewa tu. Koñgsi pas cai. Ha3

mansor said...

DALAM KONTEKS INI YB PAs Khairuddin mengalahkan Mat Sabu...YB PAS itu meniru dewa Cina...Majlis Ulama kata ok no action will be taken it s a simple mistake....kahkakahkahkah....Dewan Ulamak buat lawak agama.....kahkahkahkahkahkah....inilah politik.....kadangkala agama menjadi tunggangan mencapai hajat....

Anonymous said...

X sabaq nk tengok dia baling kerusi meja pulak hehe...nmpaknya puak PANdir semakin kuchiwa haha...

Anonymous said...

udah2lah pak hashim.salah tp ada prinsip lebih baik dr bersalah tp prinsip entah di mana.manusia tak lari dr salah.aku ditempat abg pun mungkin akan begitu.btapa hinanya masyrakat kita.nak berpolitik tapi entah kemana.nak bela MELAYU ISLAM kononnya tp berlakon jd dewa.sib baik tak keluaqkan jurus dewa 18.jdlah org berpolitik yg berprinsip jgn jd manusia nak jawatan semata2 tp prinsip gadai kemana pun tak tahulah.

Anonymous said...

PAS gadai prinsip semata=mata hendakkan undi kaum Cina. PAS ni juga spesis suka menangguk di air keruh.

Anonymous said...

Apa pun abang Mat is the best. Wajib berlakun macam ni baru orang Melayu sedar mereka tu bodoh dan menjadi makanan UMNO sejak berzaman. Tahniah Abang Mat kerana meninggalkan PAS yang semakin celaru dan tiada matlamat politik.

Anonymous said...

Mana baik Mat Sabun dengan amoi cina berbanding ADUN Pas pakai baju kebudayaan Cina? Parti mana yang sesat? PAN tidak perkauman tapi bersama amoi. PAS mempertahankan kebudayaan Cina yang tidak bertentangan dengan Islam. Memang penduduk asal China ramai beragama Islam.

Tak sesatkah parti yang presidennya bersama amoi dan hampir berpeluk, dan pernah ditangkap khalwaat dengan isteri kawan sendiri?

Orang islam yang siuman dapat memikirnya.

Ini jawapan kepada geng JJlge yg sedang meroyan.
ha ha ha.

tulangkering said...

Baling mikeropohne apa..kalau betul2 nk tunjukan kemarahan pd rakyat dan kjaan BN adalah lebih baik abg mat curah saja minyak petrol di badan dan nyala kan api...baru real...ini campak micerophone...ciisshhh....!!!

tulangkering said...

Tak payah la buang masa nk hadir oerhimpunan separuh masak tù...lebih baik duduk baca quran..habis jugak dua atau tiga surah panjang

tulangkering said...

Tak payah la buang masa nk hadir oerhimpunan separuh masak tù...lebih baik duduk sahaja di rumah baca quran..habis jugak dua atau tiga surah panjang

Anonymous said...

ok la tu campak mikrofon sebagai tanda marah. bukan macam presiden pas bila marah maki orang. ulamak apa macam tu? kepala berlilit serban dan berjubah tapi hati macam iblis! tuiiiiiiiiii

Unknown said...

Ibnu hashim ni sudah bergelar haji. Tp sayang Allah tidak anugerahkan keluhuran hati unt menilai kebejatan cai. Boleh jadi dia menjadi pendedak tegar pascai.

Anonymous said...

Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan


SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.

PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.

Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.

Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.

Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.

Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.

Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:

1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama

Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.

KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.

Anonymous said...

Dah takde modal lain ker?

KAH KAH KAH!!!

napuhtshirt said...

Adakah Abg Mat sudah tak mampu kawal tekanan menyebabkan beliau melempar microphone...atau adakah Abg Mat akan membawa parti Amanah secara kekerasan? Adakah disebabkan tekanan,politik keganasan akan dibawa? Pemerhati politik memerhati secara dekat strategi politik Abg Mat dan Amanah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails