Monday, February 08, 2016

Wanita Bosnia Bantah Larangan Guna Hijab

SARAJEVO – Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan, kebanyakan wanita di pinggir Bandaraya Sarajevo bagi membantah terhadap larangan penggunaan hijab di institusi kehakiman dalam negara majoriti penduduknya Islam.




Salah seorang penganjur bantahan, Samira Zunic Velagic berkata, mereka berkumpul untuk membantah tindakan yang disifatkan prejudis, diskriminasi dan peminggiran.
“Larangan memakai hijab di institusi kehakiman adalah serangan yang serius terhadap maruah Islam, personaliti dan identiti, ia seolah-olah larangan bertujuan untuk menafikan hak mereka untuk bekerja,” katanya.
Bantahan itu tercetus susulan keputusan majlis kehakiman tinggi Bosnia, sebuah badan yang ditugaskan untuk menyelia fungsi badan kehakiman, baru-baru ini mengharamkan ‘lambang agama’ dalam institusi kehakiman.
Keputusan yang mendapat kutukan keras daripada pemimpin Islam Bosnia, ketua agama dan pemimpin persatuan Islam setempat kerana ia membabitkan hakim dan kakitangan lain dalam sektor itu yang menggunakan hijab.
Penunjuk perasaan berarak untuk tempoh sejam melalui kawasan pusat bandar membawa sepanduk yang bertulis ‘hijab adalah pilihan saya setiap hari’ atau ‘hijab adalah hak saya’ dan ‘hijab adalah cara hidup saya’. – AFP
Video: 

Bosnian women protest at headscarf ban

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails