Wednesday, February 10, 2016

Mengapa Bendera BN Dipasang Terbalik Di Kedah?


Ahli akar umbi menunjukkan protes mereka sejak beberapa hari lalu dengan terbalikkan bendera BN
Situasi terkini bendera Barisan Nasional (BN) dengan sengaja dipasang terbalik petunjuk jelas berlakunya penolakan akar umbi parti terhadap pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah.
Difahamkan dari sumber kepada Malaysia Dateline, beberapa cawangan sudah mula menampakkan protes mereka yang kurang senang dengan pelantikan Ahmad Bashah pada Khamis lalu.
Tindakan protes dengan mengantung ‘bendera BN terbalik’ sudah kelihatan semakin banyak di sepanjang laluan utama di beberapa Dun.
Perbuatan itu seakan membawa mesej Umno-BN akan kalah dan Pas pula akan kembali memerintah di negeri itu kerana terdapat pancang buluh dipasang bendera diletakkan dua bendera parti iaitu Pas dan bendera BN yang terbalik.
Setakat hari ini antara Dun menunjukkan protes dengan memacak dan mengantung bendera BN terbalik di pancang dahan dan perdu pokok juga  tiang lampu dan papan tanda membabitkan Bandar Baru, Kubang Pasu, Jerlun, dan Jerai yang dipercayai dilakukan dikalangan ahli akar umbi parti itu.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir Ahad lalu, mengadakan perjumpaan akar umbi kali pertama di Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Dun Air Hitam selepas beliau hilang jawatan Menteri Besar.
Dalam ucapannya itu Mukriz mula mendedahkan beberapa peristiwa sebenar berlaku membabitkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Menurut sumber pelbagai taktik paksaan yang digunakan pihak tertentu yang didakwa ‘memburu’ Adun BN Kedah untuk memaksa mereka menandatangani petisyen menolak beliau sebagai MB Kedah.
“ Ada yang sanggup pergi sehingga ke hospital di mana pihak berkenaan sanggup tunggu hingga lima jam untuk mengambil tandatangan seorang Adun yang sedang dirawat untuk petisyen menolak saya sebagai MB Kedah. Termasuklah seorang Adun yang dibawa berjumpa Perdana Menteri untuk dipaksa menandatangani petisyen itu,” dakwa Mukhriz dari sumber yang dipetik itu kepada Malaysia Dateline.
Sumber yang rapat dengan Mukhriz itu turut mendedahkan Mukhriz memberitahu hanya tewas satu undi sahaja dalam pengundian yang dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menentukan sama ada beliau kekal sebagai MB atau tidak.
“Empat Adun BN dan 12 pembangkang menyokong Mukhriz , sementara tiga Adun Pembangkang berkecuali, 17 Adun BN menolak,” ujar sumber.
Menurut sumber lagi, dalam pertemuan empat mata lebih sejam antara Mukhriz dan Perdana Menteri di Langkawi baru-baru ini Najib katanya telah melahir rasa kecewanya yang teramat sangat kerana beliau ditegur oleh Mukhriz dalam.sebuah majlis diadakan di Saloma Bistro antara teguran Mukhriz ialah mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion.
“ Najib langsung tidak bangkit soal ketidakpuasan hatinya terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
“Dalam pertemuan di Langkawi antara kemarahan Najib membuak-buak bila Mukhriz bangkitkan akibat dua isu itu BN mungkin tewas dalam PRU-14,” ujarnya.
Mukhriz desak mesyuarat agung cawangan kemuka usul demi parti dan negara
Dalam pertemuan itu juga Mukhriz menasihati semua Ketua Cawangan Umno di negeri Kedah tidak berkecil hati dan marah berhubung keputusan penyingkiran beliau dari jawatan Menteri Besar sehingga mereka mahu meletakkan jawatan atau menutup cawangan mereka.
Mukhriz turut menyentuh semua ahli akar umbi mengunakan mesyuarat agung tahunan cawangan yang akan bermula pada Mac depan dengan membawa usul penting demi kebaikan parti dan negara.
“Dalam mesyuarat agung cawangan ahli Umno jangan takut guna kuasa untuk buat usul selamatkan parti dan negara. Ambil peluang dalam mesyuarat agung cawangan dan bersuara kepada bahagian,” ujar Mukhriz kata sumber itu lagi. (Malaysia Dateline-Beritta Amanah?)

5 comments:

Anonymous said...

UMNO mmg dah nazak.

Anonymous said...

Bendera Pascai macam bendera Bangladesh & Jepun boleh pasang terbalek .. tak kisah

Anonymous said...

Roket leebih baik dari bulan. -JJlge

Unknown said...

Sebenarnya org MELAYU patut juga terbalikkan bendera PAN dan DAP..

Unknown said...

Ingat PAN ingat DAP!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails