Saturday, February 13, 2016

Lelaki M'sia, Beristeri, Umur 40-an Jadi Rebutan Gadis Selatan Thai..

KANGARSuami orang dan berumur lebih 40 tahun menjadi idaman kebanyakan wanita Muslim di selatan Thailand, khususnya yang mempunyai kewangan stabil. 

Exco hal-ehwal Islam Perlis berkata wanita Thailand sanggup berpoligami dengan lelaki Malaysia yang memiliki harta termasuk wang simpanan, kediaman dan kenderaan.

“Mereka sanggup berpoligami dengan lelaki Malaysia berumur 50 hingga 60 tahun kerana kebiasaannya lelaki berkeluarga pada umur tersebut melangsaikan hutang-hutang yang bersifat kritikal seperti rumah, kenderaan dan pinjaman pelajaran.

“Selain itu, lelaki Malaysia yang berumur lebih 50 tahun dan bekerja di sektor swasta boleh mengeluarkan akuan dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada umur 50 tahun dan keseluruhan wang simpanan mereka ketika berumur 55 tahun.

“Sementara itu, bagi bekas kakitangan kerajaan, mereka mempunyai pencen tetap selain telah memiliki aset sendiri,” kata Khairi Hassan seperti dilapor Kosmo! hari ini.



Ramadhan: Women pray on the street, among parked motorcycles, at Pattani Central Mosque in Pattani, Thailand

Wanita Islam Thailand kurang tertarik dengan golongan lelaki muda di Malaysia kerana mereka masih baru membina kehidupan, selain tidak mempunyai aset tetap.

Maklumatnya itu itu berdasarkan pengalamannya menemubual lelaki Malaysia yang mendaftarkan perkahwinan dan berpoligami di Perlis, kata Khairi lagi.

Namun, tambahnya, jumlah lelaki Perlis yang berpoligami hanya tiga peratus sahaja.

Lokasi-lokasi bernikah dengan gadis sempadan Thailand yang popular di kalangan lelaki Malaysia termasuklah masjid-masjid sekitar Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Sadao. – MalayMail

Lihat sebelum ini.. 

4 comments:

Anonymous said...

Jaga2 jaga ada brader Melayu kaki campak mikrofon

Anonymous said...

campak mic ok la kut, tapi tengok pay per view tu mcm mana pulak?

Anonymous said...

lainkali campak mic ka @ apa ka kat muka lebai mercon @ lebai sorban bakol @ kat blogers penjilat Dewa olamak..

SuJeng said...

Hahahaha..... Btul la APA yg TSMY pernah ckp dulu.... PAS tu Parti Ajaran Sesat.... X tahu mna arah tujuan dlm politik.... Istiqamah katanya... Kepala bana upanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails