Thursday, January 01, 2015

Sambut T/Baru: Tindakan Kejam Tabur Wang Palsu, 35 Maut Dipijak.

SERAMAI 35 terbunuh dalam satu rempuhan di Shanghai apabila mereka berlumba untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan ke arah kumpulan besar orang ramai yang sedang menunggu sambutan tahun baru.

Dalam kejadian terburuk dan memalukan di bandar besar di China sejak beberapa tahun lalu itu, kerajaan turut mengesahkan bahawa seramai 42 lagi mengalami kecederaan. Menurut media dan saksi, rempuhan melibatkan kumpulan besar orang ramai itu berlaku apabila sejumlah wang kertas dibuang dari sebuah bar di atas bangunan berdekatan.


Cui Tingting, 27, memberitahu, dia dan rakan turut cuba mendapatkan wang berkenaan namun mereka meninggalkan kawasan berkenaan selepas mendapati ia palsu.

"Ia tindakan kejam, kerana wang itu orang ramai saling merempuh, ada yang terjatuh dan dipijak," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Wei berkata, kawasan itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila orang ramai mahu mendapatkan wang yang dibuang dari atas bangunan. Media melaporkan, terdapat kumpulan yang mengalami kecederaan berhimpun di bahagian kecemasan sebuah hospital berdekatan selepas kejadian. (IH/mStar)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails