Tuesday, December 30, 2014

2014 Kes Rogol Di Jakarta Meningkat. Salahkah Cadangkan 'Hudud'?

Selama 2014, kasus pemerkosaan di Jakarta meningkat
Ilustrasi Pemerkosaan, Pencabulan dan Pelecehan Seksual.

JAKARTA: Polda Metro Jaya menyampaikan refleksi akhir tahun 2014. Dalam kesempatan ini, Kapolda Irjen. Pol Unggung Cahyono menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai situasi kamtibmas dan hasil kerja Polda Metro Jaya selama tahun 2014.

"Ini merupakan salah satu wujud dari akauntabiliti awam tentang pelaksanaan tugas yang dilakukan Polda Metro Jaya selama kurun waktu satu tahun dalam usaha mewujudkan situasi kamtibmas yang kondusif di wilayah hukum Polda Metro Jaya," kata Unggung di Bilik Mesyuarat Biro Operasi Polda Metro Jaya, Isnin (29/12).

Dalam refleksi ini, Unggung memaparkan terjadi penurunan tindak jenayah sebanyak 2,942 kes atau 5.71%. Yang ketika tahun 2013 terjadi sebanyak 51,444, di tahun 2014 menjadi 48,503 kes. Sementara penyelesaian kes jenayah menurun dari 37,665 kes pada tahun 2013, menjadi 35,355 kes pada 2014atau turun sebanyak 2,310 kes sebesar 6,13%.

Selain itu, dipaparkan juga komposisi kes gangguan kamtibmas yang membuat statistiknya menurun di 2014. Terdapat 11 kes yang menonjol. Dua di antaranya mengalami kenaikan. Namun tetap tidak berpengaruh pada jumlah penurunan tindak jenayah sepanjang 2014.

"Berlaku peningkatan pendedahan pada kes perjudian sebanyak 1,100 kes di 2014 yang sebelum ini hanya 580 kes di 2013. Juga kes rogol yang di tahun 2013 hanya 57 kes, tahun ini menjadi 63 kes. Untuk kes kenakalan remaja tercatat sama dengan tahun lalu iaitu 10 kes, "ujarnya.

Kes-kes yang mengalami penurunan antara lain, pencurian dengan kekerasan, pencurian dengan pemberatan, penganiayaan berat, pembunuhan, curanmor, kebakaran, peras ugut / pengancaman, dan narkotik. Penyelesaian 11 jenis kes menonjol mengalami peningkatan dari 72% pada 2013, menjadi 76% pada tahun 2014.
 
Ke depannya, Polda Metro Jaya akan terus melakukan penilaian kepada jajarannya dan mengemukakan strategi yang pola-pola bersifat pre-emtif dan preventif. Demi mewujudkan rasa aman pada masyarakat.

"Akan dilakukan penilaian terus-menerus supaya lebih aman.Untuk kes perjudian, penilaian dilakukan kepada para Kapolres agar penangkapan dan penindakannya berjalan lebih berkesan," tegasnya.
 

Komen Weblog  Ibnu Hasyim: Memandangkan Indonesia..
  • antara negara umat Islam teramai di dunia,
  • mempunyai pusat pengajian Islam yang banyak, termasuk pesantren
  • mempunyai ulama-ulama yang ramai,
  • mempunyai percambahan persatuan dan NGO Islam,  
  • mempunyai parti politik Islam yang banyak
  • ada harapan untuk menjadi kuasa besar dunia kerana penduduknya ramai dan negara yang luas,
Dan ianya boleh menjadi tapak subur untuk pengkayaan dan pengembangan agama Islam, maka wajarlah ada pihak yang mencadangkan supaya dilaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya (termasuk hudud) di Indonesia. Sekurang-kurangnya dibuat kajian untuk matlamat jangka panjang. Rasanya tidak salah kalau perbincangan atau kempen ini dimulakan dari sekarang. 

Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails