Sunday, December 28, 2014

Lagi 3 Negara Diserang Banjir Sri Lanka, Thai, Indonesia.

Arus kendaraan di kawasan Green Garden mengalami macet akibat mobil dan motor mandek terjebak banjir.Sejumlah kenderaan mandek saat terjebak banjir setinggi 70 cm di kawasan Green Garden, Kedoya, Jakarta, Sabtu (27/12) 

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh semasa banjir melanda di beberapa kawasan di Sri Lanka yang menyebabkan 700,000 orang terjejas.

Media tempatan melaporkan, 10 orang disahkan mati dalam kejadian di daerah Badulla, kira-kira 220 kilometer di timur bandar Adaderana itu. Para pegawai yakin jumlah kematian itu akan meningkat berikutan berpuluh-puluh orang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan lebih 100 buah rumah di daerah berkenaan.


Pada masa ini, sebanyak 80,000 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara yang disediakan oleh kerajaan. Sementara itu di selatan Thailand, sekurang-kurangnya lapan orang mati dan dua lagi hilang dalam kejadian banjir yang melibatkan 1,415 buah kampung di empat wilayah.

Jurucakap Bilik Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Banphot Poonpien berkata, gabenor di wilayah-wilayah selatan Thailand telah diminta supaya menggerakkan bantuan kecemasan termasuk melibatkan anggota tentera bagi membantu mangsa banjir.

PENDUDUK terpaksa mengharung banjir untuk berpindah ke pusat penempatan di Dayeuhkolot, Bandung pada Selasa lalu. - REUTERS   
 
Di Bandung, Indonesia, Jakarta Post pula melaporkan, meskipun keadaan banjir semakin surut, namun kebanyakan mangsa banjir masih belum menerima bantuan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ketua Agensi Bantuan Bencana Bandung, Marlan berkata, banjir akibat limpahan Sungai Citarum di daerah Baleendah dan daerah Dayeuhkolot mula menunjukkan tanda-tanda semakin surut.

“Berdasarkan pemerhatian, paras air semakin menurun, kita harap hujan akan berhenti,” kata Marlan.
Banjir di Bandung melibatkan kira-kira 36,000 keluarga yang terpaksa berpindah apabila rumah mereka dinaiki air sedalam lebih dua meter sejak Selasa lalu.

“Kebanyakan penduduk yang tinggal di rumah dua tingkat tidak berpindah dan kita sukar menentukan sama ada mereka menerima bantuan atau tidak. Apa yang dilakukan sekarang ialah kita mewujudkan dapur awam di lokasi tertentu untuk mengagihkan makanan,” katanya.

Di Aceh Utara, sebanyak 94,500 orang daripada 285 buah kampung turut dilaporkan terpaksa berpindah apabila kawasan yang mereka diami dinaiki air sejak tiga hari lalu. – Agensi


Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails