Thursday, January 01, 2015

Bersama Ketika Kesusahan Lebih Utama -Husam Musa.

 
Husam dan Anwar dan rombongan dengar taklimat banjir.

KL: Bersama ketika kesusahan lebih utama.  "Jika ada mencari jalan pulang ketika kerinduan di ketika perayaan, saat kesusahan lebih mulia," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, petang ini.

Beliau yang juga Adun Salor ada menemui dalam kalangan mangsa banjir yang bertutur 'anak ambo tak balik...'. Justeru, beliau berkata kerajaan dan majikan wajar menimbangkan cuti khas kepada yang terlibat.

"Mana yang prihatin dengan pelbagai upaya, sungguh membanggakan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, matinya deria sensiviti, out of touched dan ala kadar memahami derita rakyat, kata Saiyidina Ali, adalah malapetaka pemimpin. Golongan itu, katanya ketika orang lain menderita, dia masih mampu tertawa dan mengetawakan orang.

"Prihatinnya hanya satu gesture politik bukan penghayatan," katanya.
Anwar memperkatakan sesuatu kepada Tokguru.

Sehubungan itu, ujar beliau bagi anak-anak yang berjauhan, pulanglah membantu jika ada keluarga yang turut dilanda banjir.

"Kata orang, bersama ketika kesusahan lebih utama," ujarnya. (IH/HD)

Lihat liputan banjir.. 
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails