Wednesday, December 31, 2014

450 Rumah Rosak, Balik Pulau Diserang Ribut. Takziah Dari I/Hasyim.

MOHAMAD (kanan) bersama beberapa penduduk cuba mengalihkan bumbung rumahnya yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Sungai Rusa, Balik Pulau kelmarin.

BALIK PULAU – Lebih 450 buah rumah dari beberapa buah kampung di sini rosak selepas angin kencang melanda kawasan berkenaan malam kelmarin.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Kampung Sungai Rusa apabila sejumlah 240 buah rumah di situ mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin. Kawasan lain yang turut dilanda angin kencang adalah Kampung Permatang Pasir dengan 120 buah rumah dilaporkan rosak, Pantai Acheh (44 buah rumah), Kuala Jalan Baru (17 buah rumah), Jalan Baru (17 buah rumah) dan Sungai Pinang dengan 20 buah rumah penduduk rosak.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku melainkan seorang pemandu kereta yang cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar sebatang pokok yang tumbang ketika melalui Jalan Tun Sardon. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim ucap takziah kepada keluarga mangsa, yang juga orang-orang kampung asal Ibnu Hasyim.

"Saya akan pulang ziarah, kalau keadaan kesihatan saya mengizinkan, insya Allah!" Katanya.


Lihat liputan banjir.. 
 E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails