Friday, January 02, 2015

Arab Saudi Hukum Pancung 2 Pengedar Dadah. M'sia?


RIYADH: Arab Saudi menguatkuasakan hukuman jenayah mengikut syariat Islam.

AFP melaporkan dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.

Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali. Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya. Hussein ditahan kerana turut melakukan pengedaran dadah.

Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah. Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia.

Itulah 'hudud' dalam perundangan Islam. Mengapa Arab Saudi boleh, Malaysia tidak yakin boleh laksanakan? Kononnya Malaysia lebih hebat Islamnya dari Saudi?  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails