Friday, December 14, 2012

Tahniah Singkir Lawak Lucah. Ganti Lawak Islamik?



DADIDU kumpulan paling veteran bertanding turut tersingkir di minggu keempat. 

HALAMAN HIBURAN
SELEPAS tiga minggu tiada penyingkiran, program Maharaja Lawak Mega 2012 membuat kejutan pada minggu keempat Jumaat lalu dengan tiga kumpulan disingkirkan sekali gus. Seperti yang dijangka, kumpulan Pimai (Imuda dan Mat Over) dan Dadidu (AR Badul, Bobo dan Arif Sudin) telah tersingkir kerana berada di kedudukan tercorot tiga minggu berturut-turut.

Bagaimanapun, berlaku kejutan di minggu keempat apabila kumpulan Balas turut tersingkir menjadikan tiga kumpulan telah terkeluar pada minggu berkenaan. Balas yang telah tiga minggu membuat lawak berbaur lucah kecuali di minggu kedua, masih berdegil membuat lawak serupa walaupun telah ditegur oleh juri yang juga penyanyi Awie sebelum ini.

Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, tindakan Balas membuat lawak berunsur lucah menyebabkan markah yang diberikan tidak tinggi.
"Pengisian lawak yang berunsur politik, lucah, merendahkan penonton dan cabar pemikiran penonton dilarang sama sekali kerana program ini ditonton seisi keluarga," jelasnya pada sidang akhbar di akhir program berkenaan.

Tambah Bob, lawak lucah Balas turut menggambarkan kumpulan itu tidak menghormati amaran yang telah diberikan oleh juri dan Astro sendiri pada setiap minggu. "Tidak adil kepada peserta lain tidak buat lawak berunsur lucah, jadi markah kumpulan yang tidak patuh arahan akan dipotong," ujarnya.

IMUDA (kiri) dan Mat Over mewakili Pimai akur apabila turut tersingkir dalam pertandingan itu. 

Katanya, walaupun Astro telah meminta draf lawak semua peserta pada sehari sebelum siaran langsung program itu diadakan namun ada peserta tidak memberikan perincian sepenuhnya sketsa yang dibuat. "Ada kumpulan yang mahu simpan dan rahsiakan lawak meletup mereka, jadi Astro tidak jangka perkara ini (lawak lucah) boleh berlaku," jelasnya.

Balas pula ketika ditemui menyatakan bahawa lawak lucah yang dilakukan oleh mereka pada minggu keempat itu satu adalah salah faham. Walaupun akur dengan penyingkiran itu, anggota kumpulan tersebut, Mohamad Shukri Mohamad Sahar berkata, lawak air liur itu tidak lucah, sebaliknya juri telah salah faham kerana dialog itu tidak dapat dihabiskan kerana masa sudah tamat.

"Sepatutnya air liur itu tidak ada unsur lucah tetapi ia menjadi ayat tergantung dan kemudian menyebabkan ia disalah erti oleh penonton dan juri," jelasnya mempertahankan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tahniah dan syabas kepada pihak terbabit yang mengawal persembahan lawak. Bagaimana kalau ditamabh dengan unsur-unsur Islamik? Tidak susah, kerana segala yang tidak buruk itu Islamik.

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails