Wednesday, December 12, 2012

Negara Tauke Judi Tangkap 10 Rakyatnya Kaki Judi.


10 kaki judi ditangkap di Kuantan
  
KUANTAN — Seramai 10 kaki judi termasuk seorang wanita ditahan dalam Ops Dadu di dua buah kafe siber semalam. Polis turut merampas 70 buah set komputer bernilai RM70,000 dan wang tunai bernilai RM557 sementara dua bilah pedang turut ditemui di salah sebuah premis berkenaan.

Ketua Operasi, ASP Abd. Halim Hamat berkata, serbuan pertama dilakukan di Jalan Air Putih kira-kira jam 5.50 petang di mana polis menahan empat lelaki termasuk penjaga premis berusia lingkungan 20-an.

"Premis dua tingkat itu kelihatan sedikit mewah dengan susun atur meja yang moden dan bersih selain turut menawarkan cabutan bertuah bernilai RM20,000 bagi hadiah utama,” katanya kepada pemberita.

Belau berkata, 36 set komputer bernilai RM36,000 dan wang tunai sebanyak RM207 dirampas di premis berkenaan.— BERNAMA

Komen Weblog Ibu Hasyim: Negara tauke judi tangkap 10 rakyatnya kaki judi. Mengpa begitu?

1 comment:

Unknown said...

Ops dadu ye..best je nama operasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails