Sunday, October 02, 2011

Perpustakaan, Rumah Keduaku! -Dr Halimah

Dr Halimah Ali
CATATAN SANTAI

APA yang menarik di Kanival Selangorku Tanjong Karang, ialah projek PPAS. "P-PAS ini projek PAS ke?" seorang kawan PAS bertanya. "Melihatkan namanya, macam orang PAS menyeludup masuk melaksanakan program-program agama di dalamnya?"

Aku tak kisah itu, yang aku kisahkan ialah, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM71 juta bagi menyempurnakan pembinaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS) yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serba canggih dan lengkap serta berteknologi tinggi. Daripada segi perbandingan bangunan-bangunan perpustakaan di seluruh Malaysia, yang ini (PPAS) boleh dikatakan yang terbaik.

Bersesuaian dengan status Selangor sebagai negeri maju, PPAS juga bermatlamat menjadi Perpustakaan Selangor Maju dan menjadi “Perpustakaan Rumah Keduaku”, pusat pertemuan perniagaan serta pusat tumpuan masyarakat.

Semalam, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali merasmikan PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2011 Tanjong Karang. Antara kata-kata beliau saya difahamkan, ialah kewujudan PPAS tepat pada masanya bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan di negara ini.

Konsep “Perpustakaan Rumah Keduaku” yang dilengkapi pelbagai kemudahan lengkap, dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga mampu menjalankan peranan membantu kerajaan dalam menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial, di samping menjadi pusat pertemuan perniagaan serta pusat tumpuan masyarakat. Katanya. My Second Home!

Dengan harapan kewujudan PPAS akan digunakan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat kerana perpustakaan itu memang dibina untuk rakyat dengan segala keperluan tersedia di situ. PPAS yang mempunyai enam aras secara keseluruhan dan berkeluasan 18,921.91 meter persegi dapat memuatkan seramai 1,500 orang pada satu-satu masa.

Antara kemudahan tersedia di perpustakaan yang kini memiliki koleksi lebih 200,000 buah buku adalah internet dan multimedia, teater 3D dan 6D, dewan PPAS, dewan serbaguna, sudut interaktif, gymnasium, ruang Orang Kelainan Upaya (OKU), bilik seminar, bilik perbincangan, Selangor info hub, wifi dan kafetaria.

Dari kiri Puan Mastura, Ibnu Hasyim dan Drs Rashdi Deraman

Sebelum ini, semasa mengiringi YB Iskandar melawat pesta buku di Tanjung Karang ini, saya sempat bertemu Pengarah PPAS Puan Mastura Muhammad (gambar) didewan pameran itu, beliau sentiasa mengalu-alulan kedatangan orang ramai ke PPAS bagi menceriakan program 'Perpustakaan Rumah Keduaku'. Sertailah beramai-ramai, jadikan perpustakaan juga sebagai tempat santai.

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
3 Okt 11.

Juga sila lihat Karnival Selangorku di Tanjung Karang...

3 comments:

free compass said...

bukan masjid ke yang patut jadi rumah keduaku? PAS dah semakin sesat. astaghfirullah.

Utusan Meloya said...

Memang betul tu, bukan Masjid yang patut jadi rumah keduaku...tapi Masjid patut jadi rumah pertamaku...itulah ciri-ciri orang yang mendapat naungan 'arash di padang masyar nanti.

Memang patut tuan punya kucing atas tu astaga...hahaha

ahmad irfan said...

Jangan dilayan otak kucing

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails