Friday, October 07, 2011

Rompak 2.2J, Ugut & Bakar, Wajar Hudud?

Bakar van lepas curi RM2.2 juta
SHAH ALAM: Serbu, rampas dan bakar. Itu modus operandi sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol yang kini bergelar jutawan selepas melarikan sebuah van syarikat kawalan keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Balai Polis Ijok, Kuala Selangor, dekat sini, semalam.

Difahamkan, van itu ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian dalam keadaan terbakar selepas dilarikan di sebuah kawasan hutan, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga petugas van kawalan keselamatan berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi wang dalam mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak RM200,000 sebelum diserang hendap kumpulan penjenayah terbabit.

Menurut sumber polis, sebaik ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu turun daripada kenderaan sambil membawa sebuah beg mengandungi wang untuk dimasukkan ke mesin ATM berkenaan, tiba-tiba sebuah Proton Perdana berhenti dengan empat lelaki bertopeng turun daripada kenderaan itu.

“Dua daripada suspek mengacukan pistol ke arah ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu menyebabkan mangsa panik dan gagal berbuat apa-apa,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa ditanya, wajar atau tidak dilaksanakan perundangan Hudud? Kerana Hudud membawa keadilan. Lihat statistik perbandigan di bawah ini di negara yang melaksanakan Hudud seperti di Arab Saudi.(rujuk Hudud: SIS Keliru, Bertaubatlah..). Jenayah yang berlaku terlalu kecil., berbanding di negara bukan laksanakan Hudud.

Negara Kes Rogol Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi  x 1 juta
Kanada 24,350 33,465,300 727.62
Malaysia 1,431 27,730,000 51.60
Jerman 8,615 82,127,000 104.90
Arab Saudi 59 24,735,000 2.39 (LAKSANA HUDUD)
United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92
Amerika 95,136 305,975,000 310.93

Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya.(IH)

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

1 comment:

Anonymous said...

maksiat di saudi tinggi,perkosa pun tinggi..tapi mangsa tidak mendapat pembelaan...buat pengaduan kena rogol malah disuruh bawa 4 saksi,kalau tidak di sebat 100x dan di penjara sampai ada yg melahirkan anak haramnya dalam penjara...
jadi org luar nampak macam hudud berkesan di saudi..pergi duduk sana baru tahu...
gay dan lesbian pun tinggi berpunca asing lelaki dan perempuan ..tv satelit lucah tidak di sekat yg penuh dgn aksi seks,lesbi dan gay.
gelagat gay mereka di tandas masjid harampun mereka meliwat seperti apa yg pernah di cerita oleh mangsa yg pernah kena dari msia.
jangan hanya berkhayal bro!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails