Wednesday, October 05, 2011

Artis Bogel Dada Di Tengah Ladang, Petani Marah?

 HALAMAN HIBURAN
 Berbogel dada di tengah ladang.
SEORANG petani dari Irland Utara, Alan Graham, mengatakan dirinya tidak mengenal penyanyi terkenal Rihanna. Namun, ia menegaskan penyanyi berusia 23 tahun itu perlu memakai pakaian, semasa shooting di ladangnya. Demikian dilaporkan AP, Selasa 27 Sept.

Graham mengatakan dirinya memaksa gadis bernama lengkap Robyn Rihanna Fenty itu agar berpakaian sopan masa shooting Isnin lalu, di ladang gandum miliknya di Belfast. RiRi, adalah nama panggilan Rihanna, sedang syuting untuk single terbarunya berjudul We Found Love. Keberadaan gadis kelahiran 20 Februari 1988 itu di Irland Utara berkait dengan tiga konsert muzik.

RiRi mengganti pakaian dari bahan flanel ke bikini bermotif bintang bergaris, bra merah atas hitam, dan bertelanjang dada. Graham naik ke traktornya memprotes. "Saya bercakap dengan Rihanna, saya harap dia tahu dari mana saya berasal. Kami berjabat tangan," kata Graham.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beberapa bulan lepas, pihak kami menerima pengaduan mengenai sekumpulan unit penggambaran filem tempatan yang sedang bergambar di saat azan Maghrib sedang berkumandang. Mereka bergambar berhampiran sebuah surau di sebuah kawasan perumahan pinggir Kuala Lumpur.

Hal ini sama dengan ciri-ciri di atas (ladang & petani), cuma tempat dan suasana yang berlainan. Artis-artis kita perlu ambil perhatian perkara-perkara seperti ini, demi menjaga nama baik dan akhlak. Akhir-akhir ini artis sudah mula dihormati oleh tokoh-tokoh agama. Al-hamdulillah. (IH)

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails