Saturday, October 08, 2011

Anwar Ibrahim Tidak Boleh Lakukan Aktiviti Seks?


ANWAR ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan pantas termasuklah hubungan seksual.

Pakar Ortopedik, Dr. Thomas Hoogland berkata, agak mustahil untuk Anwar melakukan pergerakan membongkok ke hadapan atau ke belakang kerana ia akan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
Saksi ketujuh pembelaan itu berkata demikian semasa menyambung keterangan dalam pemeriksaan utama oleh peguam Sankara Nair yang mewakili Anwar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah.

Thomas menyuarakan pendapat tersebut selepas mengambil kira sejarah dan pemeriksaan, usia serta ujian saringan resonan magnetik (MRI) yang dijalankan ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Keterangan kemudian beralih kepada soal balas oleh pihak pendakwa diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencabar saksi berkenaan.

Rakaman CCTV bertarikh 26 Jun 2008 yang dipaparkan di mahkamah jelas menunjukkan imej seorang lelaki yang didakwa Anwar memasuki lif dan dilihat membongkok sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah untuk mengambil kot dan beg. (IH/Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails