Thursday, October 06, 2011

Banjir Beri Kondom, Tak Banjir Pun Mudah Dapat!

 Banjir di Thailand
BANGKOK 6 Okt 11: Thailand semalam mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang. Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itu tak apa la, negara bukan Islam, banjir beri kondom, tentunya kepada suami isteri.. Dalam negara yang mengaku Islam pun kondom boleh didapati dengan mudah. Kanak-kanak sekolah, tak kira suami isteri atau tidak pun. Bahkan kerajaan BN galakkan lagi. Masya Allah! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails