Saturday, October 08, 2011

Ketampi Bogel, Perlu Lebih Maklumat -S'pura.



SINGAPURA, 7 Okt 11: Kementerian Luar Singapura mahu Malaysia menyalurkan lebih banyak maklumat mengenai insiden membabitkan dua wanita warga Singapura yang didakwa dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel oleh pegawai imigresen di Johor Baharu Jun lalu.

Berdasarkan laporan media di Malaysia bahawa pihak berkuasa Malaysia telah memberikan jawapan pada soalan di Dewan Rakyat mengenai kes itu, kementerian telah meminta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura memberikan lebih banyak maklumat, kata satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sering berhubungan untuk mengetahui perkembangan status penyiasatan kes melibatkan dua wanita itu yang ditahan sementara atas dakwaan melanggar peraturan imigresen dan cara mereka dilayani semasa ditahan.

Dipetik Bernama Online, Kementerian Luar berkata difahamkan bahawa hasil siasatan itu akan dimaklumkan kepada Singapura sebaik sahaja ia selesai. “Ini masih belum diterima setakat ini”, menurut Kementerian Luar.

Dalam jawapannya, Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyatakan pegawai dalam kes itu telah menjalankan tugas secara “baik dan teratur.”

Kedua-dua wanita warga Singapura dalam kes itu berkata mereka secara tidak sengaja memasuki Johor Baru tanpa menyerahkan pasport mereka untuk dicap, dengan memandu melalui laluan imigresen yang tidak dikawal. (IH)

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails