Saturday, September 10, 2011

Phahrolrazi calon tepat pilihan ganti MB Kedah?

Phahrolrazi Mohd Zawawi
Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.

Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu.

Amiruddin, 49, adalah ADUN Anak Bukit yang memegang portfolio jawatankuasa industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, bioteknologi, pembangunan luar bandar dan basmi kemiskinan.

Di peringkat PAS negeri, beliau - yang juga seorang jurutera dalam bidang sivil - memegang jawatan bendahari.

Perkembangan baru ini dilihat susulan masalah kesihatan yang dialami Azizan sehingga dikatakan tidak dapat memfokuskan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Manakala Mohamad Taulan pula adalah ADUN Tokai, memegang portfolio jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi.

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanBeliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.

Pada 1 Ogos lalu, Azizan (kanan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selama 15 hari bagi mendapatkan rawatan kesihatan dan pemeriksaan jantung.

Bagaimanapun, ketika isu itu mengejutkan banyak pihak di kala sambutan Aidilfitri, Azizan muncul bertenaga menolak cadangan supaya jawatannya diberikan kepada pemimpin lain atau diwujudkan jawatan timbalan menteri besar.

Beliau juga dilapor menegaskan beliau berada dalam keadaan lebih sihat dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus negeri dengan sempurna selepas menuruti nasihat doktor supaya berehat.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada PAS di peringkat pusat sudah membincangkan soal penggantian itu. Setakat awal bulan ini, perkara itu, menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dibincangkan.

Cukup dua minggu selepas Azizan dibenarkan keluar wad, kontroversi sekitar kedudukan Azizan meletus apabila sebuah harian berbahasa Inggeris melaporkan kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikannya. (IH/Malaysikini)

1 comment:

Azran Chan said...

Assalamualeykum Pak Hasyim,
Saya cadangkan YB IR Amiruddin Hamzah (ADUNAnak Bukit) Apmacam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails