Di  Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang  buta. Majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam  lukisan yang tertimbul memaparkan gambar wanita dan lelaki berbogel.
Majalah itu diberi nama Tactile Minds hasil  karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan  gambar bogel lelaki dan perempuan yang dijual dengan harga RM 675  senaskhah. 
Terdapat  sebanyak 17 keping gambar ditampilkan. Antara lukisan timbul yang  terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco,  perempuan dengan 'perfect breast' dan 'male love robot'.  
Antara tahun 1970 dan 1985 Playboy mencetak salinan majalah terkenal itu dalam braille -tetapi tanpa gambar-gambar yang timbul. Menurut  Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan  buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang  seksi. 
Lagi gambar-gambar menarik: 
(IH)








 
 

2 comments:
biar buta mata jangan buta hati.
apa paedahnya untuk orang buta ..baca bahan lucah ni..kalu mereka terangsang kacau nanti dibuatnya..ahai
Post a Comment