Monday, June 07, 2010

Presiden & Naib, OK Tiada Masalah -D/Muslimat PAS




KL, 7 JUN 10 — BERHUBUNG kenyataan Blog Ibnu Hasyim sebentar tadi, Muktamar Di Jangka Panas: Gandingan Nas-Hadi Lemah... Dewan Muslimat PAS menganggap presiden dan timbalan presiden parti itu tidak berhadapan dengan masalah besar dalam menyediakan kepimpinan masing-masing sebagai orang nombor satu dan dua entiti politik tersebut.

Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, kemungkinan ada di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak menonjol. Pun begitu Nuridah tidak menyatakan siapa yang dimaksudkan sebagai “tidak menonjol.”

“Ya saya tengok OK, tiada masalah... tiada masalah, melainkan kalau ada yang tidak menonjol,” kata beliau ketika ditemui selepas siding media di sini hari ini.

Nuridah berkata, secara umum jikapun wujud kekurangan dalam kepimpinan Hadi dan Nasharudin, aspek tersebut boleh diperbaiki.

“Kalau ada masalah, ini pandangan saya secara umum, kita boleh baiki, termasuk diri saya,” katanya lagi.

Turut hadir pada sidang media pagi ini yang diadakan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kota Baru, Khamis ini ialah Naib Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan Salbiah Abd Wahab.

“Bagi saya kedua-dua mereka biasa sahaja... presiden dan timbalan presiden macam biasa sahaja,” kata Nuridah lagi.

Ketua sayap wanita PAS itu ditanya sama ada kemungkinan akan ada usul pada muktamar tahunan parti tersebut, menyentuh hubungan dan gandingan kedua-dua presiden dan timbalan presiden. (The Malaysian Insider/AK)

Sebelum ini...
Gerak Usahawan Muslim - Pertemuan Bersama YB Dato Haji Husam Musa - Gerak Usahawan Muslim merupakan satu perkumpulan yang ditubuhkan bermatlamatkan untuk membantu usawan sesama sendiri agar setiap usahawan dapat meningkat leb...

Muktamar Di Jangka Panas: Gandingan Nas-Hadi Lemah?

Nasharudin dikatakan gagal menjadi timbalan yang berkesan kepada Hadi semenjak dilantik semula tahun lalu..

KL. 7 Jun 10: Muktamar Tahunan PAS kali ini di Kota Baru tidak melibatkan pemilihan, tetapi ia disebut-sebut akan tetap panas lagi menarik tumpuan dengan fokus terhadap keberkesanan kepimpinan barisan kanan sebagai persiapan menghadapi pemilihan tahun depan dan juga pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin dikatakan gagal menjadi timbalan yang berkesan kepada Hadi semenjak dilantik semula tahun lalu. Difahamkan pemimpin yang akan menjadi tumpuan dan berada dalam senarai teratas sebutan perwakilan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang menewaskan dua pesaingnya dalam pemilihan setahun lalu.

Pada Jun lalu, Nasharudin dengan mudah mengetepikan kedua-dua naib presiden ketika itu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Turut disebut-sebut akan menjadi tumpuan persidangan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang turut didakwa mempunyai “hubungan rapat” dengan Umno tetapi awal tahun ini terlepas daripada hukuman ringan jawatankuasa disiplin.

Seorang perwakilan mendakwa keberkesanan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan disentuh memandangkan ada pihak dalam parti berpendapat bahawa Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan sebagai gandingan secara berkesan kepada orang nombor satu sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden tahun lalu.

“Kami mahukan seorang timbalan presiden yang berkesan kepada presiden, yang dapat memainkan peranan dengan baik sebagai timbalan presiden,” kata pemimpin ini yang akan menghadiri muktamar sebagai perwakilan, seperti yang dilaporkan The MalaysianInsider.

Perkara tersebut akan ditimbulkan pada muktamar bagi memperkuatkan kepimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang selaku rakan dalam Pakatan Rakyat. “Kami mahu PAS dilihat sebagai rakan mantap dalam Pakatan Rakyat... untuk itu, timbalan presiden (harus) menjadi gandingan mantap kepada presiden,” kata perwakilan dengan merujuk kepada gandingan kepimpinan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ada kawasan yang hendak membawa usul, ada yang hendak memberikan nasihat ketika perbahasan dengan harapan akan ada perubahan (dalam tempoh setahun ini).

“Jika tiada perubahan, langkah susulan akan diambil semasa pemilihan tahun depan,” kata perwakilan itu dengan merujuk kepada pemilihan tahun depan.

Tindakan ini dilihat bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan pada Oktober lalu, kira-kira empat bulan selepas pemilihan parti, Mursyidul Am PAS telah mendesak diadakan muktamar khas untuk menukar beberapa pemimpin kanan parti termasuk Nasharudin.

Juga difahamkan sentimen itu masih wujud sehingga sekarang dan akan dibawa ke muktamar minggu ini. PAS hanya dijadual mengadakan pemilihan pada tahun depan. Dikatakan, pemerhatian menunjukkan Nasharudin yang mendapat “sokongan” kumpulan ulama dan “restu” Hadi semasa pemilihan tahun lalu kelihatan masih mempunyai hubungan rapat presiden.

Nasharudin menghadiri majlis perasmian Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang diadakan di Klang bulan lalu. Gerak-geri beliau memperlihatkan masih menjalin hubungan sihat dengan Hadi dengan memainkan peranan sebagai seorang timbalan presiden. Dilaporkan, Nasharudin sudah tidak “serapat” dengan Hadi berbanding dulu.

Malah perwakilan itu mendakwa Hadi juga ada meluahkan pendapatnya mengenai isu kepada rakan-rakan rapatnya tetapi kesahihan belum dapat disahkan. Mengulas isu tersebut seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengakui ada mendengar dakwaan sedemikian. Bagaimanapun beliau hanya menyifatkannya sebagai satu “persepsi politik” semata-mata.

“Ia kemungkinan satu perspesi sahaja, yang mungkin tidak dikongsi oleh semua orang,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini dan juga bekas pengarah pusat penyelidikan PAS. Pemilihan jawatan timbalan presiden tahun lalu juga dilihat sebagai saingan kumpulan profesional yang mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan kumpulan ulama yang sedia bekerja dengan Umno demi kepentingan Islam, yang dikaitkan dengan kerajaan perpaduan.

“Bagi sesetengah daripada kami, pendirian Nasharudin masih belum jelas (dalam isu kerajaan perpaduan).

“Isu kerjasama dengan Umno tidak ditangani dengan sepenuhnya,” kata seorang lagi pemimpin PAS dengan merujuk kepada kenyataan Nasharudin yang menyentuh tentang hubungan PAS-Umno Mac lalu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berucap pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan Umno terhenti di separuh jalan. Muktamar tahunan kali ini akan diadakan di Kota Baru sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz.

Juga difahamkan pentadbiran Kelantan juga tidak akan terlepas daripada kritikan dan pandangan panas para perwakilan. Husam merupakan salah seorang Exco dalam pentadbiran itu, yang kebelakangan ini dikaitkan secara langsung dengan isu-isu menyentuh kerajaan negeri Kelantan dan kepimpinan Nik Aziz.

Ini termasuk pemberian konsesi balak, pelantikan blogger Syed Azidi Abdul Aziz atau mesra dikenali Kickdefella ke dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan dipecat akhir tahun lalu. Isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang diminta melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK juga dipercayai akan disentuh. “Bagaimanapun perwakilan akan berhati-hati apabila menyentuh Tok Guru disebabkan populariti beliau di luar parti,” kata seorang ahli PAS dari Kelantan.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS meneruskan usaha serius mereka untuk mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk kaum wanita dengan sekali lagi mahu membahaskan usul berhubung perkara itu minggu ini. Sayap PAS itu pernah membawa usul meminta agar diperuntukkan satu kerusi naib presiden untuk wanita tahun lalu, tetapi tidak menemui hasil yang disasarkan. Kali ini usul mengenainya dibincangkan di peringkat Dewan Muslimat Khamis ini dan juga satu lagi usul telah dibawa oleh PAS kawasan ke peringkat pusat. (2MA)

Sunday, June 06, 2010

Tato Al-Quran & Maksiat Terang. Kerajaan Masih Bisu?

pix_middle
KL Jun 6,10: Tanpa memikirkan sensitiviti agama dan budaya Timur, ada wanita di negara ini, termasuk gadis Melayu beragama Islam, tergamak memakai pelbagai tatu di beberapa bahagian badan semata-mata mahu merangsang pasangan masing-masing ‘beraksi’ hebat di ranjang. Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit.

Ikuti pengakuan eksklusif beberapa wanita bertatu kepada wartawan Metro Ahad.

DALING, 26 (Kuala Lumpur)

“ADA pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika melakukan hubungan seks. Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian lelaki.

Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan, lebih-lebih lagi lelaki hidung belang. Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi khidmat seks ‘ganas’.

Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja. Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak lukisan di badan. Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah.

Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”

LINDA, 24 (Kuala Lumpur)

“CACAHAN tatu berbentuk bunga ros di atas dada ini kerana saya terikut pengaruh rakan. Pada masa sama, saya rasa tatu ini boleh mengubah personaliti saya. Rakan mengatakan saya nampak lebih menonjol dengan tatu ini. Walaupun sering memakai baju penuh menutup dada setiap kali berjalan di khalayak ramai, tetapi bila bersama teman lelaki ia menaikkan nafsunya.

Bayangkan saja, siapa tidak geram melihat lukisan bunga ros merah di atas dada yang putih? Pasti ini menaikkan nafsu lelaki yang memandang. Namun, tidak semua wanita dan gadis bertatu mempunyai imaginasi tinggi dalam hubungan seks. Saya tidak menyukai seks ganas tetapi kawan saya menyukainya. Pada masa sama, teman lelaki turut meminta saya mendapatkan pelbagai lukisan tatu di badan.”

MAISARA, 23 (Pahang)

“SAYA memakai tatu sejak enam tahun lalu kerana permintaan teman lelaki berbangsa Cina, di samping sebagai tanda kesetiaan saya terhadapnya. Tatu itu saya pilih di pangkal payudara kanan dengan lambang sepasang sayap sebagai simbol kebebasan, selain sekuntum bunga di tengah sayap itu merujuk kepada diri saya.

Saya berbuat demikian selepas tamat persekolahan apabila bekerja sambilan di hotel dan tidak menetap bersama ibu bapa. Semuanya bermula apabila saya berkenalan dengan teman lelaki yang juga ahli perniagaan di sebuah pusat karaoke di pusat bandar ketika saya masih di tingkatan empat.

Walaupun masih bersekolah, status sebagai pelajar tidak menghalang saya berkawan dengan teman lelaki sebelum kami menjadi pasangan kekasih sehingga sekarang. Ketika di bangku sekolah, pergerakan saya keluar masuk rumah terbatas berikutan dikongkong oleh bapa yang tegas dan banyak mengenakan peraturan sendiri.

Apabila bersama teman lelaki, saya rasa hidup ini sangat bebas kerana dia berfikiran terbuka. Disebabkan itu, sebaik habis sekolah saya bekerja di hotel di Kuantan kerana ingin berdikari. Keluarga saya bukan orang susah, kalau saya tidak bekerja pun mereka masih mampu menanggung saya. Namun, kerana desakan hidup yang tidak mahu dikongkong menyebabkan saya ingin segera keluar rumah.

Sejak bebas daripada kawalan keluarga, hidup saya semakin liar apabila kerap mengunjungi kelab malam dan minum arak serta berhibur hingga lewat pagi. Saya juga tidak berfikir panjang apabila teman lelaki meminta saya memakai tatu kerana menurutnya ramai rakan wanita sebangsa dengannya memakai tatu. Tambah lagi, kebanyakan rakan saya yang berpasangan dengan teman lelaki bukan Melayu memang memakai tatu atas permintaan pasangan masing-masing.”

NADIA, 26 (Kuala Lumpur)

“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya. Saya ada empat jenis tatu di pinggul, tubuh belakang serta kedua-dua belah bahu, dan setiap tatu ada maksud tersendiri. Tiga daripada tatu itu adalah ayat suci al-Quran iaitu tulisan Bismillah pada bahu kiri dan kanan, serta satu bentuk tulisan kaligrafi daripada al-Quran.

Saya membuat tatu sedemikian kerana dibebani masalah peribadi, cinta dan kehidupan sosial yang pernah dilalui. Waktu malam saya banyak habiskan di kelab malam, minum arak dan seks bebas. Saya sangat sosial dan banyak terjebak dengan pelbagai gejala tidak bermoral. Apabila usia meningkat, saya semakin jemu dan tertekan dengan kehidupan. Saya juga sering jatuh sakit dan sejak itu terdetik hati membuat tatu (Bismillah dan ayat al-Quran) berkenaan di badan saya. Orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya menulis kalimah Bismillah pada bahu, tetapi saya menganggap ia bagai ‘pelindung’ diri.

Sebagai orang Islam, saya percaya setiap insan didampingi malaikat pada bahu kiri dan kanan untuk mencatat setiap kebaikan serta keburukan yang mereka lakukan. Sebab itu saya terfikir meletakkan tatu berkenaan di bahu saya, ia sebagai tanda dan peringatan kepada saya untuk menghindarkan perkara tidak senonoh. Sejak tatu ini ada di badan saya, hendak minum arak pun fikir dua tiga kali, apa lagi hendak melakukan hubungan seks. Itulah kebaikannya apabila tatu ini ada di badan saya.”

LIZ FYSH, 29 (Selangor)

“ADA empat tatu di tubuh dan semuanya mempunyai maksud berlainan. Paling istimewa adalah di lengan kiri kerana ia bertulisan Jepun dengan cacahan nama kedua-dua anak. Ia sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka. Saya bertatu bukan kerana suka-suka. Buktinya, saya ambil masa 10 tahun untuk berfikir sebelum membuat tatu pertama di tengkuk.

Selepas itu saya mencacah tatu kedua iaitu ‘Devlin Fish’. Tatu ketiga bersimbolkan ‘Pentagram’ dengan sedikit ubah suai mengikut cita rasa saya dan kerananya, saya memenangi pertandingan tatu setahun lalu. Sebagai hadiah kemenangan, saya diberi tatu percuma dan saya memilih cacahan nama anak bertulisan Jepun berkenaan.

Saya beranggapan tatu tidak semestinya lebih menjurus kepada perlambangan seks saja kerana ia bergantung kepada individu. Saya merancang membuat tatu baru tetapi masih memikirkan simbol sesuai. Jika ada yang mahu bertatu, nasihat saya fikirkan sedalam-dalamnya kerana jika sudah dicacah, sukar membuangnya.”

NITA, 20 (Johor)

“LAMBANG tatu pari-pari bogel berwarna biru yang duduk di atas bulan sabit umpama magnet bagi saya untuk menggoda lelaki dan membuat mereka lebih mudah melekat. Ia bermakna saya masih kesunyian dan ingin mencari teman lelaki istimewa. Seperkara lain, lambang tatu dari Sepanyol pada lengan saya sangat bermakna kerana ia membolehkan saya mudah mesra dengan pelanggan dan sesuai dengan kerja saya di pusat hiburan di Johor Bahru.

Selepas memakai tatu, saya menerima tawaran daripada lebih ramai lelaki untuk menjadi teman sosial. Bagaimanapun, saya masih merahsiakan perbuatan itu daripada keluarga yang berasal dari kawasan kampung di Pontian kerana sedar perkara itu mungkin menyinggung perasaan mereka. Pada awalnya, saya tidak dapat menahan kesakitan apabila tatu dilakar lebih enam jam di beberapa bahagian badan, termasuk di lengan kiri dan paha kiri, sehingga demam dua tiga hari.

Namun tidak disangka selepas memiliki tatu berkenaan sejak hampir dua bulan lalu, saham saya semakin meningkat di mana lebih ramai lelaki, termasuk pelancong Singapura, menunjukkan minat untuk berkenalan. Malah, saya dibawa melancong ke luar negara oleh beberapa pelanggan yang menganggap saya gadis berfikiran terbuka dan moden.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Inilah contoh maksiat dan penghinaan kepada agama Islam terang-terang. Mengaku sendiri dengan bangga, dari pemaksiat-pemaksiat Islam. Kerajaan UMNO masih terlepas pandang dan membisu? Kerajaan Islam apa ini? (2MA)

HAMAS Bukan Pengganas -PM Turki

Gambar: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan


ANKARA, JUN 6, 10: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan Hamas sebagai kumpulan pejuang Islam Palestin ketika warganya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel dikebumikan, semalam.

“Anggota Hamas adalah pejuang yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.

“Mereka juga dipilih rakyat melalui pilihan raya,” katanya di bandar Konya.

Ucapannya sering terhenti akibat mendapat sorakan hangat orang ramai yang turut mengibarkan bendera Palestin. Recep berkata, beliau menyatakan pendirian itu kepada pegawai AS sebelum ini.

“Saya katakan kepada mereka, saya tidak boleh menerima Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

“Sehingga kini saya kekal dengan pendirian itu,” katanya.

Sementara itu, ribuan orang berkumpul di seluruh Turki selepas solat Jumaat kelmarin, termasuk sebahagiannya bagi mengiringi jenazah sembilan warga Turki yang terkorban ditembak komando Israel pada Isnin lalu. Recep turut mengkritik Barat kerana menafikan hak Hamas untuk bergerak melalui landasan demokrasi.

Sementara itu, duta Turki ke Washington, Namik Tan, melahirkan kekecewaannya kerana AS gagal mengecam Israel kerana serangan ganas ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

“Kerajaan menghargai campur tangan Washington mendesak Tel Aviv memulangkan semula aktivis Turki yang ditahan, tetapi tiada satu kecaman pun dibuat di mana-mana peringkat.

“AS sepatutnya pihak pertama yang mengutuk serangan berkenaan,” katanya. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hanya talibarut (barua) AS dan Zionis sahaja menganggap HAMAS dan yang sekutu dengannya sebagai pengganas atau teroris. Terutamanya di Malaysia ini, masih ramai lagi yang tidak faham atau pura-pura tidak faham. Beranikah kerajaan Malaysia buat kenyataan seperti PM Turki itu?

UMNO Palestin Tetap Mahu Berunding Dengan Zionis.


Sabtu, 05/06/2010 – Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh perlantikan, atau presiden parti yang memperjuangkan kebangsaan di Palestin atau disifatkan sebagai 'UMNO Palestin' tetap mempertahankan keputusan pihak berkuasa Fatah untuk meneruskan rundingan dengan regim Zionis.

Keputusan ini tetap dipertahan walaupun berlaku pembunuhan terhadap aktivis pro Palestin yang berada di atas flotilla kebebasan, seperti sekaang. Abdullah al-Ifrinji, ahli Jawatankuasa Pusat Fatah menyifatkan tuntutan agar menghentikan 'rundingan tidak langsung dengan regim Zionis' setelah berlaku pembunuhan menggerunkan itu, sebagai tuntutan yang tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

Beliau juga mendakwa bahawa rundingan-rundingan yang dijalankan sebelum ini adalah dengan pihak Amerika, bukan dengan pihak Israel. Beliau menjelaskan dalam kenyataan yang diberikan kepada al-Quds Press. Tuntutan berhentikan "rundingan-rundingan tidak langsung tidak akan mendatangkan kebaikan" kepada tuntutan mempertanggungjawabkan Israel sepenuhnya terhadap jenayah terhadap flotilla kebebasan yang bertujuan memecahkan kepungan terhadap semenanjung Gaza.

Beliau juga berkata: “Kami sehingga kini hanya melakukan rundingan dengan pihak Amerika, bukan dengan Israel. Kami tidak mahu memberi alasan untuk Israel melarikan diri daripada bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang dilakukannya.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia pun begitu juga kerana Presiden UMNO Malaysia adalah rakan seperjuangan Presiden UMNO Palestin yang melawat baru-baru ini. Malaysia tetap berhubungan baik dengan AS dan tetap melutut tidak akan berganjak dengan APCO.

Lihat tulisan sebelum bulan ini..

Saturday, June 05, 2010

Judi Bola: UMNO Pak Kadok Ditipu Kumpulan Berjaya?

Gambar: Khalid membahagi risalah GMJ kepada orang ramai.

KL 5 Jun 10: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang. Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

“Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan,” ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN. Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan Rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN. “Hanya Umno yang menyokong,” ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: “Itu kena tanya Umno”.

Majlis berakhir dengan penyebaran risalah GMJ bertajuk Judi Meruntuhkan Masyarakat & Negara oleh anggota gerakan itu yang turut memaklumkan mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi pada 3 Julai di Istana Negara sempena penyerahan memorandum bantahan judi itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerajaan perlu duit, terpaksa dapatkan melalui 'main judi'. Tak kira halal haram lagi. Dalam sejarah penglipur lara Melayu, ada pemimpin-pemimpin Melayu yang kalah judi terpaksa jual 'kampung', negeri atau negara. Seperti cerita Pak Kadok. Walaupun awalnya konon, hendak selamatkan ekonomi negara! Apakah kini Pak Kadok UMNO sudah ditipu oleh Kumpulan Berjaya? Awas, kadok sudah naik junjug, beruk sudah di atas canggung. Bayangkan renggut dan hinggutnya. Tidak perlu pandangan dan nasihat orang lagi! (AK)

Kg Baru KL: Cukuplah UMNO Ambil Hati B/Melayu..

Oleh A Kadir JasinGambar A.Kadir Jasin, Apa simboliknya?

http://kadirjasin.blogspot.com/ The Scribe A Kadir Jasin:
Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu

SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.(AK)

Menyusuri Perjuangan Ustaz Fadzil, Pencinta Ilmu Dijemput

Allahyarham Ustaz Fadzil

KL5 Jun: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati Mantan Presiden PAS, almarhum Ustaz Fadzil Noor esok, 6 Jun bertempat di surau Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Program itu adalah ajuran bersama Dewan Muslimat PAS Selangor. Program akan bermula jam 8.30 pagi dan dijangka dihadiri seramai 200 orang peserta. Antara pembentang kertas kerja adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Wan Hasrina Wan Hassan, Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Fauzi Husain. Bagi mengetahui dan menyusuri sejarah perjuangan Ustaz Fadzil dengan lebih dekat, semua pencinta ilmu dijemput ke program tersebut.

Juga mennyusuri perjuangan Ustaz Fadzil Mohd Noor..

Rachel Corrie Sah Dirampas. Apa M'sia Boleh Buat?

KL JUN 5 10: MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel. Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu. Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya. Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka -Bernama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa Malaysia boleh buat?

Luna Maya & Video Lucah, Publisiti Murahan?



JAKARTA JUN 5, 10: Satu video lucah yang menampilkan wanita mirip bintang sinetron, model iklan dan pengacara, Luna Maya (gambar) dan kekasihnya, Ariel yang merupakan anggota kumpulan Peterpan kini tersebar luas di Internet, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Berita penyebaran video itu kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook dan Twitter. Terdapat dua rakaman video itu.

Video pertama itu berlangsung selama dua minit 37 saat manakala video kedua berdurasi lebih enam minit 39 saat. Menurut beberapa akhbar itu, video tersebut telah dirakamkan pada 23 Mac 2009 di sebuah hotel di Bali. Rakaman tersebut dikatakan bakal menjadi isu hangat dan menggemparkan kerana dalam video itu kedua-dua mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Luna menafikan wanita dalam video itu ialah dirinya. Pelakon itu berkata, dia tidak mempunyai tatu di pinggul kiri seperti yang terdapat pada wanita dalam video tersebut.

"Tidaklah, saya tidak mempunyai tatu kupu-kupu di pinggul kiri," kata Luna.

Luna berkata, dia ingin mencari siapa yang menjadi dalang penyebaran video itu tetapi enggan memfailkan sebarang pendakwaaan di mahkamah. Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai penyebaran video itu daripada media di Internet. "Saya amat terkejut," kata Luna dengan wajahnya kelihatan pucat semasa ditanya pemberita mengenai video tersebut.

Pelakon itu enggan mengulas lanjut mengenai isu 'panas' itu. Luna bergegas menaiki kereta Mercedes Benz walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemberita untuk mendapat penjelaskan lanjut menegnai video itu daripadanya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sama sengaja atau tidak, kes itu adalah sebuah publisiti murahan yang mengganggu dan menjolok mata suasana kedamaian sosial masyarakat beradap.

Sebuah Kisah Cinta Siber, Berakhir Dengan Jual Tubuh

Jual tubuh demi kekasih

KUALA TERENGGANU JU5, 2010: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu.

Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan.

“Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.

“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya.

Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.

“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.

“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya.

“Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu.

“Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.

Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini. Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.

“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.

“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.

Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti. (Sumber: myMetro/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim:

Pertama: Terima kasih kepada wanita ini, kerana sanggup tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya dalam cubaan kehidupan ini. Malah seseorang itu perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih 'cinta internet' yang tidak pasti itu.

Kedua: Mengapa menteri pembangunan wanita tidak bertindak apa-apa terhadap kes bersekedudukan tanpa nikah walaupun 'rela dalam paksa', kerana hal ini juga di bawah tanggung jawab urusan wanita? Sedangkan 'kahwin rela merelai' walaupun di bawah umur (tidak salah dalam Islam kerana 'kahwin' bukan bererti melakukan hubungan seks paksa), terlalu disiasat dan diambil berat sangat. Sehingga boleh dianggap 'yang halal disusahkan, yang haram dipermudahkan'?

Ketiga: Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian dalam kes-kes sosial seperti ini, mengambil kira penyelesaian menurut perundangan Islam, dengan penghakiman berwibawa dan mahkamah syar'ie yang berdaulat. (2MA)

Lagi kisah cinta...

Kapal Misi Ke'siaan: Israel Pintas Tetapi Tidak Tahan

MV Rachel Corrie. — Gambar oleh Free Gaza Movement

GAZA, 5 Jun — Tentera Israel memintas kapal misi kemanusiaan — Rachel Corrie yang sedang menuju Gaza dengan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin. “Mereka (kapal misi Rachel Corrie) diikuti (kapal Israel),” kata Greta Berlin dari pergerakan Free Gaza.

Kapal itu tidak ditahan tentera Israel. Laporan terdahulu memetik seorang jurucakap kumpulan yang menyokong misi kemanusiaan itu berkata, ia ditahan kira-kira 55km dari Mediterranean.

Rombongan rakyat Malaysia juga dikatakan berada dalam kapal itu. Bagaimanapun tiada maklumat sama ada ia diserang ataupun sebaliknya. Dalam pada itu, laporan Bernama yang dikelurkan 12 tengah hari tadi menyebut, Rachel Corrie dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.

“Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas,” kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu. Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.

Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Blog ini bersetuju dengan komen tulisan Abdul Shukur Harun (HarakahDaily) yang menyebutkan...

...Banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah peristiwa ini. Hendaknya mayarakat, khususnya umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini. Natijah peristiwa ini ialah:

Pertama. Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

Kedua. Selama ini penentangan terhadap pencerobohan Israel di Palestin, khususnya kepungan terhadap Gaza banyak disuarakan oleh umat Islam, justeru majoritinya adalah umat Islam. Tetapi kini senarionya berubah sama sekali dengan kebangkitan masyarakat antarabangsa menentang Israel kerana kekejaman Yahudi itu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat betamadun.

Ketiga. Kemunculan negara Turki yang mengambil inisiatif – bersama NGO hak asasi manusa di Eropah – untuk menyediakan kapal dan mengumpul bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini menyebabkan kerajaan Turki dan rakyatnya muncul menjadi pembela nasib rakyat Gaza, di mana pemerintah Turki pimpinan Presiden Abdullah Gull dan Perdana Menteri, Recip Toyyeb Erdogan sebagai pembela rakyat Gaza.

Keempat. Keberanian Turki memberi amaran dan mencabar Israel kerana keangkuhan dan sikap tidak berperikemanusiaannya.

Kelima. Sikap positif pemerintah negara Eropah dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, akibat dikepung oleh Israel.

Keenam.Sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah Mesir yang terus menutup sempadan ke Gaza melalui Rafah menyebabkan semua bantuan kemanusiaan melalui jalan darat ke Gaza terhalang. Hanya di saat akhir negara itu membuka sedikit sempadan dengan pemeriksaan sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai urusan amat penting baru mendapat surat izin dari kerajaan Mesir untuk rakyat Gaza menyeberang ke Mesir dan sebaliknya. Mesir hanya membuka sempadannya setelah masyarakat antara bangsa mengutuk Israel kerana tindakannya menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketujuh. Menyerlahkan sikap Israel yang terus berdegil untuk meneruskan sekatan ke Gaza dan enggan menerima keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasat Antarabanga mengenai isu serangan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga masih mendakwa serangan itu dimulakan oleh sukarelawan kemanusiaan di kapal tersebut yang kononnya membawa pelagai senjata, dakwaan ini dinafikan oleh pelbagai pihak.

Kesimpulan: Inilah perkembangan baru yang sangat menarik, membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai kezaliman Israel. Selepas ini, jika masih ada lagi negara umat Islam, khususnya pemerintah negara Arab, yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mestilah dihentikan. Sungguh malang, setelah masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Eropah menentang kekejaman Israel, mengapa masih ada lagi negara Arab yang mengadakan hubungan dengan negara haram Yahudi itu?

Friday, June 04, 2010

Bantah Israel: M'sia 50,000 Demo, Turki Tindak Tentera?


KL, 4 Jun 10: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kira-kira 200 orang pula hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong selama beberapa jam, perhipunan ini hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Sementara itu, perdana menteri Turki, Erdogan pada Rabu malam (2/6) mengadakan pertemuan kecil dengan dewan nasional Turki, yang juga dihadiri oleh kepala staf angkatan bersenjata, panglima angkatan perang dan sejumlah menteri di kabinet pemerintahan Turki untuk membahas langkah-langkah yang mungkin diambil terhadap regim zionis Israel.

Surat kabar pro partai kebangkitan dan pembangunan, Yeni Safak edisi Rabu (2/6), menyatakan bahawa pertemuan tersebut selain dihadiri PM Erdogan, juga dihadiri kepala staf dan para pemimpin angkatan bersenjata Turki, menteri kehakiman, menteri dalam negeri, kepala intelijen, dan direktur keamanan umum.

Langkah-langkah militer dan perdagangan mungkin akan diambil oleh pemerintah Turki. Dinyatakan bahawa operasi tentera sebagai respon terhadap aksi kejahatan entiti Zionis yang biadap dan ganas itu. Langkah yang akan diambil pemerintah Turki ini merupakan semacam road map, yang rencananya diumumkan PM Turki Erdogan pada pertemuan fraksi Partai Keadilan dan Pembangunan di parlimen, namun pengumuman ditunda setelah diketahui hasil komunikasi telefon antara Erdogan dan Presiden Amerika Barack Obama.

Komen Blok Ibnu Hasyim: Apabila melihat salah (mungkar), betulkan dengan tangan (kuasa seperti tentera dll.), mulut (kritik, demo dll) dan dengan hati. Dengan hati itu (tiada tindakan atau kata suara , hanya membantah dalam hati) adalah selemah-lemah iman! Itu pesan Nabi orang Islam.. Siapa buat begitu dia ikut cara Islam.. Al-hamdulillah. (2MA)

Pendekatan Baru PAS, Dialog Islam-Kristian -Dr Mujahid

GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.

Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.

Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini. Dialog ini diadakan semalam di Dewan Holy Spirit iaitu sebuah dewan yang berada dalam kawasan gereja Greenland, iaitu terbesar di Pulau Pinang.

Selesai sahaja Dr Mujahid berucap, orang ramai yang memenuhi dewan itu bangun sambil bertepuk sebagai tanda menghormati dan menyanjung ucapan beliau. Antara rumusan ucapan Dr Mujahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS itu ialah, beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram padahal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Ia sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu terutamanya melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan.Maka sebab itu, PAS mengambil langkah menangani masalah tersebut dengan berhemat iaitu dengan berdialog bukan berdemontrasi kerana jalan berkenaan membolehkan perpecahan berlaku di kalangan rakyat negara ini.

"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialg adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam tahu keindahan perjuangan yang diwarisi Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w, " terangnya.

Tambahan pula Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk memeliharaan Islam sebagai agama rasmi negara serta Perkara 11 (4) dalam kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Islam juga ujarnya, melarang penganutnya membinasakan rumah ibadat bukan Islam untuk mengelak daripada dianggap Islam itu ganas sekaligus menjauhkan mereka daripada mendekati Islam secara bersungguh.

"Saya yakin Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk pemeliharaan Islam serta Perkara 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, " tegas beliau.

Turut memberi pandangan pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim dan aktivis Aliran, Anil Netto.

Komen Blog IbnuHasyim: Ianya suatu pendekatan baru, lanjutan dari dialog dengan orang Cina (1980an), Kelab penyokong PAS jadi Dawan atau sayap PAS, dan kini Dialog Islam/Kristian pula. Mungkin juga hasil dari siri penerangan nama 'Allah' yang dipertikaikan. Al-hadulillah.. Teruskan!

Pertemuan PAS Perak bersama Paderi Kristian - 18 Mei 2010

<div id="" class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <div class="yt-alert-icon master-sprite"></div> <div id="" class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> <div class="clear"></div> </div>

S/Hajat Bantah Israel Diimami MB K'tan. PM Di Mana?

KOTA BHARU, 4 Jun 10: Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin. Solat hajat diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV pagi tadi turut disertai wakil Palestin, Abdul Hadi HJ Junaidi.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Dr Mohamad Fadzli Hassan serta wakil-wakil rakyat. Biar pun cahaya matahari panas memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat Islam yang sedang ditindas di Gaza.

Sebelum itu ribuan yang hadir sejak jam 8.30 pagi mendengar kuliah khas mengenai Palestin yang disampaikan Mohd Amar. Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan makanan ke Gaza Isnin lalu.

Ekoran serangan itu sembilan rakyat Turki yang menaiki kapal Mavi Marmara milik negara terbabit menjadi korban. Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama misi kemanusiaan tersebut yang datang daripada 40 negara. Berikutan tindakan tersebut kerajaan Turki di bawah Tayyed Erdogan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Kerajaan Turki memberi beberapa syarat untuk memulih semula hubungan diplomatik iaitu membayar sejumlah pampasan kepada keluarga sukarelawan yang terbunuh, Israel perlu memohon maaf kepada dunia. Selain itu mereka yang terbabit dengan jenayah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa.

Perkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika berucap di ribuan rakyat Kelantan. Menteri Besar berkata, kaum Yahudi tidak ada belas kasihan kepada kaum lain kerana menganggap kononnya mereka sebagai anak Tuhan.

”Pegangan yang salah itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang lain.

”Namun hairannya kezaliman yang serupa juga pernah berlaku di negara ini apabila Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa pengikut ditembak mati di Memali.

”Begitu juga tindakan kerajaan menangkap ulama dengan mengurungkan mereka dalam bilik gelap di Kem Tahanan di Batu Gajah. Ini adalah sebahagian tindakan tidak berperikemanusiaan yang turut berlaku di negara ini,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Pada ucapan itu beliau juga menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada parti Islam pada zaman Rasulullah saw.

Pelbagai sepanduk mengutuk serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Tabung Cakna Palestin juga dibuka bagi sumbangan orang ramai. Program itu berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.

Sementara itu di Kuala Lumpur... lihat harakahdaily 'Langsung demo anti-Israel'

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.



1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.


Komen Blog Ibnu Hasyim: PM Malaysia imami solat hajat bantah keganasan Israel di masjid mana?

Pungutan Suara Ini: Bukti BN Pekak Pada Pelbagai Kaum?

SUKAN
Pemimpin BN yang pura-pura peka, tetapi sebenarnya masih pekak..

Judi sukan: Peminat bola pelbagai kaum kata ‘jangan halalkan’

KL. Jun 4 10: Hasil pungutan suara menunjukkan keputusan mengejutkan dengan golongan muda, yang meminati sukan, umumnya membantah keputusan kerajaan menghalalkan judi sukan, yang dipercayai akan bermula dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Rata-rata majoriti golongan muda daripada kalangan semua kaum utama negara ini yang ditemui di Lembah Klang membantah langkah tersebut.

Hampir 77 peratus responden yang ditemui berpendapat bahawa kerajaan tidak wajar melesenkan pertaruhan sukan. Hanya 23 peratus yang bersetuju dengan langkah itu. Peratusan dua pertiga membantah itu membabitkan pendirian responden Melayu dan Cina manakala seratus peratus responden golongan muda India tidak bersetuju sama sekali dengan langkah kerajaan itu.

Seramai 73 peratus dan 77 peratus masing responden Melayu dan Cina tidak bersetuju langkah melesenkan judi sukan. Mereka berpendapat keputusan melesenkan pertaruhan sukan akan memberikan kesan buruk kepada sukan dan juga masyarakat. Pendirian ini dilahirkan ketika beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan membabitkan kesemua kaum memprotes langakh kerajaan ini.

Setakat ini dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor memutuskan untuk tidak memberi kebenaran kepada operasi lessen judi sukan. Selain itu, imej sukan yang selama ini bersih akan tercemar apabila pertaruhan tersebut diluluskan selain mungkin akan wujud proses jual-beli dalam sukan, kata beberapa responden yang ditemui.

Operasi lesen peraturan atau judi memerlukan kebenaran pihak berkuasa tempatan. Hasil pungutan suara itu jelas membuktikan bahawa bukan sahaja orang Melayu tetapi kaum-kaum lain juga membantah usaha melesenkan pertaruhan sukan.

Salah seorang responden yang ditemui, Mohd Affendy Abu Bakar, 24, usaha kerajaan untuk melesenkan pertaruhan sukan akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat di negara ini.

“Apakah faedah yang boleh rakyat dapat apabila pertaruhan sukan diluluskan?

“Ia hanya memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat berbanding kebaikan,” kata kakitangan swasta ini.

Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Azam Zainal Abidin, 25 berkata keputusan untuk meluluskan pertaruhan sukan tidak memberikan sebarang faedah kepada masyarakat.

“Masyarakat tidak mendapat sebarang faedah, sebaliknya hanya memberikan kesan buruk dalam masyarakat.

“Jadi bagi saya adalah lebih baik kerajaan membatalkan hasrat tersebut bagi kebaikan semua pihak,” katanya.

Bagi pelajar, Khairul Anuar Salleh, 22 berkata kelulusan tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada masyarakat selain mencemar imej sukan di negara ini. Bagaimanapun kakitangan swasta Wan Mohd Tarmizi Wan Ismail, 29, yang bersetuju dengan langkah kerajaan kerana langkah melesenkan akan menghalang perjudian haram daripada berleluasa.

“Saya setuju kerana saya lihat ia dapat menghalang perjudian haram ini daripada terus berleluasa.

“Tapi banyak perkara perlu dibuat untuk mengatasi masalah perjudian haram yang semakin berleluasa,” katanya.

Pendapatnya disokong kakitangan swasta, Chan Weng Chun, 30 yang bersetuju dengan cadangan kerajaa itu dan pada masa sama dapat menghalang perjudian haram daripada berleluasa.

“Sekarang kita lihat perjudian haram semakin berleluasa jadi cadangan kerajaan itu dapat menghalangnya.

“Selain itu, pihak berkuasa juga dapat mengawal perjudian haram ini dengan mudah apabila cadangan tersebut dilulusan,” katanya. (Sumber: The Malaysian Insider)

Komen blog Ibnu Hasyim: Agama-agama di dunia, majoritinya merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Islam

Islam, secara jelas menyatakan haramnya judi. Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". Al-Maidah, 90-91.

Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi). Tak payah diceritakan panjang-panjang, rata-rata orang Islam sudah tahu, kecuali beberapa kerat pemimpin UMNO.

Budha

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; "membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi". Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha.

Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri. Dalam kitab Budha, 'Tipitaka' juga ada menceritakan enam perkara bahaya akibat judi:

Pertama bagi yang menang akan mengundang kebencian,
kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang,
ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah,
keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga,
kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan
keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)' .

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.

Apa yang berlaku, aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram. Kesimpulannya Buddha juga melarang penganutnya berjudi.

Kristian

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari". Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'.

Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat. Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'.

Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Yahudi

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan. Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat. Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya.

Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan. Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi.

Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti. Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

Malaysia

Jadi hasil pungutan suara di atas sebenarnya bukanlah menunjukkan keputusan mengejutkan. Kerana realiti pemikiran golongan muda yang sihat, yang meminati sukan, umumnya membantah keputusan kerajaan menghalalkan judi sukan. Cuma kerajaan yang pura-pura pekak dan cuba menutupi 'kebodohan kepekakkan dan tiada kepekaan' terhadap rakyat mula terbongkar dari selubung tamak ekonomi.

Pihak kerajaan telahpun meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang akan menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam. Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia. Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri.

Kesimpulanya, pungutan suara di atas adalah satu lagi bukti kerajaan BN masih pekak dan tidak peka terhadap kehendak rakyat pelbagai kaum di negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails