Wednesday, April 07, 2010

APCO UMNO, UMNO APCO, Hangat Di Parlimen!!


Gambar bawah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker dewan..

KL April 07, 10: PARLIMEN petang tadi memperdebatkan perkataan 'APCO UMNO'. UMNO begitu takut dengan perkataan 'APCO UMNO'. Riuh rendah!

Ahli Parlimen beramai-ramai menyebutnya...

APCO UMNO!
APCO UMNO!
APCO UMNO!!

Beritanya..
Kedua-dua BN dan pembangkang hari ini berusaha sedaya upaya masing-masing untuk merujuk wakil seteru mereka ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
Seorang lagi wakil pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dirujuk ke jawatankuasa bekenaan. Keputusan timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu dibuat mengikut peraturan 26(1)(p).

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan. Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali. Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan persidangan Dewan Rakyat panas apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang yang bererti daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri). Sehubungan itu, Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan. Berdasarkan hujah yang dikemukakan Lim, Pandikar Amin (kanan) memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam, bagaimanapun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.

Berikutan itu, barisan pembangkang menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan. Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails